Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

The Ending Of Air Soya Most Wanted

Tajuk di atas jika diconvertkan ke dalam bahasa melayu tinggi ialah ‘Berakhirnya Air Soya Yang Paling Didambakan’…tapi tak sedapkan?Macam tajuk lagu sendu retis Malaysia je.Atau seperti terjemahan ke laut subtitle dvd movie cetak rompak original copy. Tak apa, salahkan google translate.Salahkan juga saya yang paling last belek kamus Oxford ialah 14 tahun yang lalu. Nevermind.

Air soya dan saya memang ada Love-Hate Relationship.Yang paling cepat habis jual dulu tiap-tiap kali berniaga di bulan puasa adalah Cik Air Soya.Tiap-tiap hari begitu.KPI beliau amat konsisten. Jus -jus dalam balang lain jeles bukan main.Tapi tak pernah berjaya menjadi pemenang pertandingan tak rasmi jus mana habis dulu. Balik-balik balang cik air soya yang licin dulu. Alih-alih cik air soya yang digrab awal-awal. Siapa yang tak cemburu?Air soya memang cempien.

Melahirkan air soya menjadi juara dalam komuniti air bukan kerja mudah. Ini bukan kerja senang seperti membela burung terkukur. Bagi dedak, bagi minum,tunggu sampai burung pandai bertutur.Kena lebih banyak bersabar daripada itu. Pernah pada satu ketika saya give up!Saya bosan dan terlalu penat.Saya fed up nak perah berkilo-kilo air soya…Dan ketika itulah saya fikir riwayat cik air soya sampai di situ saja!No more air soya…Tak jual!

Tapi makcik-makcik,abang-abang dan kakak-kakak yang selalu  beli air soya pada saya merayu-rayu juga suruh jual. Anak yang baru first time belajar puasa nak minum la, isteri muda mengidam la…serta macam-macam lagi tektik pujuk rayu. Jadi dah 4 tahun saya tewas dengan pujukan rayu pembeli tegar air soya ni…Dan mungkin juga untuk puasa kali ini air soya akan tetap jadi the most wanted.Belum the end lagi. Seperti dulu-dulu …

Nak resipi air soya yang sedap dan mantopp? klik sini sekarang!.

Advertisements


16 Comments

Resepi Air Soya Fresh 2011

Berita baik untuk  sesiapa yang nak cuba buat air soya di rumah… Nah, ambil resepi air soya fresh edisi spesel 2011! … Try buat  ikut cara yang mudah sesangat ni. Buat sendiri lagi sedap daripada beli tepi jalan atau yg dalam kotak..serius. Ada tempat kursus ajar buat air soya ni ambil masa sampai 2 hari. Kos pula ratus-ratus lemon. Sampai 600 RM pun ada..

Tapi kali ni saya bagi resepi percuma saja. Copy n  Print lah ikut suka hati..tak ada masalah pun. 

Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

 

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

 

 Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

  • Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  • Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

  • Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  • Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Step 3

  • Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  • Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

  • Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  • Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

  • Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  • Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Step 6

  • Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  • Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  • Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu!  Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Hmmm, nak tau cara buat tau fu fa yang sedap?…next time la ya….