Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Berniaga Di Pasar Tani Lagi Best Dari Pasar Malam

Ya betul.

Banyak sebenarnya kelebihan berniaga di pasar tani kalau nak dibuat perbandingan dengan pasar malam. Kalau diberi peluang oleh FAMA, anytime anywhere saya sanggup pergi berniaga pasar tani. Ceruk kampung atau sehulu mana pun pasar tani tu tak kisah (heh,…harap-harap orang FAMA baca blog ni dan bagi tapak kekal terus-amin). Sebab jual di pasar tani much more worth it. Masyuk.

Bayangkanlah di pasar tani putrajaya, berapa ramai yang jual air.Berbelas-belas balang.Tapi air special saya tetap habis. Pasar tani Putrajaya ni beza sikit dengan tempat lain. Kalau tempat lain pukul 4-5 pun orang dah ramai datang,Putrajaya bila dah nak malam, start senja masuk maghrib dan waktu selepas itu barulah orang ramai serbu.

2015 belum start menjelajah pasar tani lagi.Tak ada masa nak ke FAMA Shah Alam uruskan birokrasi mohon tapak. Minta tapak pasar tani promosi pun leceh sebenarnya ya tuan-tuan..(Ekceli benda yang mudah tapi disusah-susahkan). Belum tentu lagi kita datang jauh-jauh boleh dapat tapak pasar tani. Kena reject balik macam tu je la kau. Tapi feeling bila dah dapat tapak yang diminta tu happy tak terkata. Rasa macam baru lulus akad nikah depan kadi…Pheww!

Nantilah…bila ada masa lagi saya sambung.

Babai.

Jual jus macam ni, anyone?

Advertisements


Leave a comment

Semanis-Manis Air Gula

“Bro, bulan puasa camni, macam mana bro maintain rasa air gula…bukan boleh rasa pun, kan? “

Soalan di atas tu pernah sorang kastemer tanya pada saya. Regular kastemer kerja tapak construction. Selalu datang berdua naik motor kriss dengan kawan. Air favourite dia jus kasturi asam boi.Saya memang dah faham sangat bila dia datang ke gerai. Hari-hari dia boleh bedal air ni…..untuk berbuka puasa.Kawan dia pun sama.That’s why air ni di antara yang paling cepat habis!

Jus kasturi asam boi yang brader ni suka minum, senang nak handle. Air gula terkurang pun kastemer tak kisah sangat, sebab air tu memang dibancuh supaya masam limau kasturi dan asam boi tu lebih terasa.So manis air gula tak perlu overshadow.Memang kastemer nak minum sebab rasanya yang masam-masam manis. Resipi jus kasturi asam boi tu ada dalam ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan.Klik   SINI untuk cekidot.

“Tapi air lain-lain tu kan manis, bro tak puasa kot…haha?”

Cenggini…. first day puasa saya gerenti semua orang yang jual air akan berdepan dilema yang sama.Sebabnya tak boleh rasa.Jadi don’t wori untuk newcomers…relaks-relaks sudah.Bungkus saja air-air tu ikut sukatan biasa.Kalau selalu-selalu time bukan bulan puasa bubuh 3 senduk/sudu air gula-follow saja.Jangan ragu-ragu.Then masa berbuka barulah rasa sendiri.Kat situ baru dapat trace apa yang kurang atau air gula tu terlebih.

Kalau esoknya (puasa hari kedua) ada kastemer komplain air kurang manis, kenalah terima. Minta maaf dengan kastemer dan explain pada dia baik-baik.Biasanya kastemer akan faham.Tapi lepas tu of course lah kita kena tambah air gula. Then start dari hari kedua tu sampai habis puasa, saya gerenti kastemer tak akan komplen lagi pasal air gula.

Kecuali peniaga tu memang orang yang sangat berjimat cermat atau pun dia seorang yang kedekut.