Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

PATI AIR JAGUNG KAWW UNTUK PENIAGA PASAR MALAM

 

Hari ini kami selesai delivery 4 botol pati air jagung 5 liter ke kastemer tetap yang berniaga di pasar malam area lembah klang.Apa yang specialnya, dengan kami tak ada minima botol per order atau harga pakej mahal-mahal.Kalau kau nak order 1 botol dulu pun boleh, sebab kami faham korang nak test power n try kaww atau tak pati air jagung ni.

Well daripada feedback yang dah ambik pati jagung ni regularly,rasa dia sama kaww dengan pati jagung yang dah established di pasaran skg.Paling penting pati air jagung ini masih dijaga kualiti , kepekatan, likat dan kesedapannya. So air jagung ni gerenti cepat sold out!

Supaya kau tak tertanya-tanya mana boleh dapat pati air jagung kaww ini, kat bawah kami bagi info:

-Pati air jagung kaww: RM55 :5 liter
-Sesuai untuk peniaga air balang dan pasar malam
-Pick up area :Tesco Kajang
-Delivery ke Semenanjung Malaysia, Sabah n Sarawak dikenakan cas penghantaran
-Order /whatsapp ke 0178471972
-Sukatan , tip dan bancuhan yang tepat dan kaww akan diajar sebaik confirm order.

Advertisements


Leave a comment

Begini Caranya Peniaga Pasar Malam Ini Jual Air Jagung Yang Sedap,Pekat,melekat hingga SOLD OUT!

 

 

Wahai Citizen of Subang!

Lepas ni u all dah tak perlu risau atau kempunan bila nak minum air jagung yang sedap dan POWERRR.Tak payah pergi jauh-jauh lagi…sebab air jagung tu dah mulai dijual pasar-pasar malam area Subang oleh seorang usahawan pasar malam…From Kajang now in Subang.

Terima kasih kerana setiap minggu konsisten mendapatkan pati air jagung juicylicious direct daripada kami.Hujan-hujan pun tetap sold out air jagung tu…tahniah!

Selain itu beliau yang turut menjual beberapa jenis air balang lagi yang juga mantop2…macam jus nenas, teh ais kaww dan tembikai.Mau kecur air liur tu kan tengok jus nenas…

Jom serbu gerai air balang ni!

============================================
-Pati air jagung pekat,likat dalam botol 5 liter

-Tiada minimum order-1 botol pun boleh (Self Pick up di Kajang sahaja).

-Untuk Order Whatsapp ke 0178471972(mizan)

 

 


Leave a comment

Katering Air Balang

 

IMG-20160803-WA0073

20160803_112223-120160803_112259-120160803_14541620160803_112357

 

Puasa pun belum, dah nak sembang pasal hari raya?

Tapi ni story last year.Throwback Jamuan Aidilifitri 2016..Elok saja bazar ramadan berakhir, trend jamuan hari raya di opis-opis pula.Jadi Air balang JuicyLicious pun tak duduk diam.Kami bersama-sama memeriahkan majlis jamuan sempena aidilifitri di Putrajaya.

Menu air buah yang direquest adalah jus durian belanda,tembikai dan mango.Pilihan yang bijak untuk sejukkan tekak dengan jus buah yang 100% pure.

Well…seperti dijangka air rare iaitu jus durian belanda habis dulu!

Nak booking katering air balang JuicyLicious awal-awal untuk jamuan korang lepas raya nanti boleh whatsapp or pm tepi.

Atau kalau nak belajar buat resipi air balang sepower abang pun boleh, klik laju-laju link di bawah.

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php…


Leave a comment

Apabila Badai Bertemu Awan.

Exif_JPEG_420

Angin bayu waktu sepoi-sepoi bahasa membelai pipi memang sedap dan mengasyikkan.Kalau kau berambut rebonding, boleh nampak rambut kau terbuai-buai beralun.Macam iklan syampu.

Tapi apabila badai bertemu awan hujan dan bertiup dengan kuasa penuh,silap-silap semuanya akan terbang dan binasa.Macam kanopi ini.

Kuat mana kanopi tersebut dipasak,diikat atau disokong ia tetap rebah dilanda angin.Just like that..Jadi kain kanopi yang dah koyak rabak kena tolak tepi.Total lost.

Tapi besi dan tiang kanopi yang belum patah riuk masih ada gunanya.Dismantle mana yang boleh diselamatkan dan simpan untuk hari akan datang.(Atau kalau kau biarkan macam tu saja,tak sampai 5 minit bangla besi buruk akan kutip).

 

At least bila badai mengganas lagi,back up besi dan tiang kanopi dah ready dan bisnes air balang anda tidak tergendala.Tak semestinya kena beli kanopi tiap kali rosak.Tak sempat kot nak berkejar ke kedai hardware lagi bila anda sedang sedap berniaga di bazar ramadan tu.

Oh ya!

Kalau takut dilanda angin,jangan berniaga air balang! Kikiki..

 

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11533_59

 


Leave a comment

Bisnes Air Kopi RM5 Di Bulan Ramadan

IMG-20160905-WA0000

Cuba kau buka mata luas-luas, ada berapa kanopi atau stall kopi hipster tepi jalan yang masih dibuka hingga sekarang?

Kalau dulu satu kawasan kejiranan yang sekangkang semut pun akan ada 3 stall kopi tepi jalan. Atau lagi hebat sampai 5 stall selang 50 meter. Tiba-tiba bisnes begini jadi trend dan tular.Semua orang mahu bergelar usahawan kopi ais.

Sekarang trend tersebut hampir mati. Setuju?

Sebab itu ada pembeli Ebook Bisnes Air Balang terdiri daripada ex-usahawan kopi ais. Apabila perniagaan kopi jalanan mulai merosot,akhirnya mereka terpaksa beralih kepada bisnes air balang.Mana yang masih kental saja akan terus bertahan.

Boleh tak modified atau gabungkan bisnes air kopi kepada air balang?

Sudah tentu boleh!Daripada kau tak tahu nak buat apa dengan stok serbuk kopi yang masih tinggi bukit dalam stor ada baiknya digunakan.

 

 

 

Beli balang air 2-3 unit. Jangan kedekut sangat nak keluar modal beli balang air yang tak sampai 500 hinggit tu.(Korang spend 1-5K untuk beli peralatan dan modal bisnes air kopi lagi banyak, ye dak?).

Kemudian bancuhlah dalam balang green tea,kopi,coklat dan segala bagai perisa kopi korang tu.Packaging pula terpulang nak bungkus ikat mati, tepi atau gunakan packaging ala bisnes air kopi dulu.Sekurang-kurangnya stokdan packaging air kopi tersebut akan habis separuh bila ramadan berakhir.

Mungkin tak semua air kopi (dalam balang) akan laku kalau korang masih jual RM5 sebungkus. Kaji balik harga tu sesuai ke tidak.Ikut harga market air balang.Dan untuk hasil yang lebih hebat,gabungkan dengan resipi air balang yang lebih hot daripada orang lain jual.

 


Leave a comment

Exif_JPEG_420

Exif_JPEG_420

 

Cerita ramadan tahun 2016..

Brader-brader ni borong habiss buah tembikai sampai 2 troli penuh.Sebelah kaunter lagi pun ada geng dia dengan 3 troli buah yang sama.

Abang dapat beli setakat 10 biji tembikai je.Saki baki yang diorang tak nak dah (atau troli dah overload).

Nak jual jus buah tembikai ye bang?Sama la kite…

Oh..gambor tak clear sebab tangan parkinson hari tu.

 

 


Leave a comment

Musim Bisnes Jambu Batu Sudah Lama Berakhir

Tahun 2009 bisnes jambu batu paling havoc. 1-2 tahun kemudian bisnes jambu batu tepi jalan makin bercambah. Selang 10-20 meter berderet peniaga jual jambu batu. Berduyun-duyun orang beli jus dan jambu batu. Trending betul jambu batu masa tu. Siap ada yang boleh buat francais sampai 4-5 cawangan atau kiosk jambu batu tepi jalan. Merata-rata peniaga  local buat bisnes ni.

Tapi sekarang apa cerita?

Dah tak ramai kan?Kadang-kadang nak jumpa tepi-tepi jalan pun susah. Di pasar malam dan pasar tani pun hampir tiada peniaga yang jual jambu batu dengan airnya sekali. Trend menurun bisnes jambu batu kita dapat nampak start tahun 2012 sampai sekarang.

 

 

Namun di kajang bisnes jual jambu batu masih hidup. Bukan semua tempat ada jual. Tepi highway menghala ke tesco Kajang masih berderet gerai jambu batu. Kalau tak silap ada 3 atau 4 gerai jambu batu yang setia tunggu pelanggan setiap hari. Ketika peniaga local ramai yang dah undur diri dari bisnes jambu batu, mereka ( peniaga Indonesia) terus bertahan dan berniaga di tepi jalan.

Tahukah anda yang berniaga air jambu ni terdiri daripada sedara-mara diorang jugak?Brotherhood mereka kuat so tak jadi masalah pun nak berniaga dekat-dekat.Tapi biasanya owner tetap seorang saja.

Well, saya perhatikan trend sekarang ni orang dah tak berapa gemar minum air jambu. Sebab tu peniaga buat air jambu suku atau separuh balang.Kadang-kadang tak habis pun air jambu tu.Bulan puasa lagi la susah nak jumpa air jambu.Dah tak ada demand sangat kot.Sampaikan owner kiosk atau francais buah jambu dah beralih jual air mangga tau sekarang ni…Tapi makan buah jambu cecah asam boi tu tetap mantain.Terutama masa musim panas.Boleh kecur air liur kalau teringat.

 

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11533_59