Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Bisnes Air Kopi RM5 Di Bulan Ramadan

IMG-20160905-WA0000

Cuba kau buka mata luas-luas, ada berapa kanopi atau stall kopi hipster tepi jalan yang masih dibuka hingga sekarang?

Kalau dulu satu kawasan kejiranan yang sekangkang semut pun akan ada 3 stall kopi tepi jalan. Atau lagi hebat sampai 5 stall selang 50 meter. Tiba-tiba bisnes begini jadi trend dan tular.Semua orang mahu bergelar usahawan kopi ais.

Sekarang trend tersebut hampir mati. Setuju?

Sebab itu ada pembeli Ebook Bisnes Air Balang terdiri daripada ex-usahawan kopi ais. Apabila perniagaan kopi jalanan mulai merosot,akhirnya mereka terpaksa beralih kepada bisnes air balang.Mana yang masih kental saja akan terus bertahan.

Boleh tak modified atau gabungkan bisnes air kopi kepada air balang?

Sudah tentu boleh!Daripada kau tak tahu nak buat apa dengan stok serbuk kopi yang masih tinggi bukit dalam stor ada baiknya digunakan.

 

 

 

Beli balang air 2-3 unit. Jangan kedekut sangat nak keluar modal beli balang air yang tak sampai 500 hinggit tu.(Korang spend 1-5K untuk beli peralatan dan modal bisnes air kopi lagi banyak, ye dak?).

Kemudian bancuhlah dalam balang green tea,kopi,coklat dan segala bagai perisa kopi korang tu.Packaging pula terpulang nak bungkus ikat mati, tepi atau gunakan packaging ala bisnes air kopi dulu.Sekurang-kurangnya stokdan packaging air kopi tersebut akan habis separuh bila ramadan berakhir.

Mungkin tak semua air kopi (dalam balang) akan laku kalau korang masih jual RM5 sebungkus. Kaji balik harga tu sesuai ke tidak.Ikut harga market air balang.Dan untuk hasil yang lebih hebat,gabungkan dengan resipi air balang yang lebih hot daripada orang lain jual.

 

Advertisements


Leave a comment

Jual Air 1 Balang Saja,Untung Ke?


Ini soklan cepu emas yang kerap masuk inbox website mixzan.worpress.com.Oleh sebab saya sibuk sampai dah makin jarang update blog jadi soalan-soalan tu disimpan rapi menajdi pekasam.

Okeh.Apasal kau nak jual air 1 balang je?

Tak cukup bajet ?…Duit BRIM kau dah abis bayar deposit kereta Iriz eh?

Abang fahammm dan rasai denyut nadi rakyat macam korang.

Sebenarnya boleh jual air 1 balang dan untung kaww-kaww tapi ada caranya.Sifir mudah jual air balang ni camni,untung paling sikit dalam puluh-puluh RM.Time sedap sikit bila untung ratus-ratus.Kalau ribu-ribu untung jual air balang sehari pun boleh dapat.

Yang penting kau tau air apa tengah in sekarang.Kalau tahun 2015-2016 air mangga ,2017 ni air jagung sedang laris di pasaran.Ada peniaga air jagung ni boleh dapat income 1k lebih sehari jual sejenis air balang saja.Asalkan air balang sedap,lokasi berniaga pun terbaik untung main terlajak ribbu-tibu sehari ni adalah realiti.Kau pun boleh buat.

Jual air 1 jenis ,1 balang yang paling orang suka.Itu la secret resepinya.

 


Leave a comment

Bateri Kereta Untuk Nyalakan Lampu Gerai Pasar Malam?

Ada soalan tentang bateri kereta lagi rupanya…Ingatkan bila saya dah tulis 1-2 post tentang lampu n bateri dah cukup selama ni.Tapi tak apa,saya akan cerita lagi sekali.Versi pendek dan mantop gitu.

Okeh.

Bateri kereta terpakai memang boleh guna untuk nyalakan lampu time niaga pasar malam.Tak kanlah kita nak guna cahaya bulan atau ihsan lampu jalan yang tak cukup terang tu.Kena guna lampu.Sekarang elok pakai lampu bulat daripada lampu kalimantang yang panjang tu.Sebiji pun cukup.Lagi bagus 2,3 biji mentol.
Kalau kau start on lampu tu pukul 7 malam,berapa lama bateri tu boleh berfungsi?Bateri tak kong ke tiba-tiba?

At least sampai kau katup gerai pukul 10-11 malam lampu masih terang dan bateri tetap bertahan.Tapi make sure siang tu kau dah cas penuh bateri kereta.Setakat artikel ni ditulis belum ada lagi gajet atau teknologi dicipta yang fungsinya seperti powerbank untuk bateri kereta terpakai.Apek kedai bateri jugak yang power hal ehwal cas mengecas bateri.Jangan lupa!


Leave a comment

Bisnes Burger

Tiap-tiap hari makan nasi mamak atau tomyam siam pun bosan jugak kan?Jadi kena tukar selera sekali sekala.Makanan yang paling ringkas,mudah disediakan dan mengenyangkan dah tentu burger.Sebab itu gerai burger jalanan sentiasa dikerumuni pelanggan menjelang senja.Untung orang buat bisnes burger.Waktu tu memang paling afdal nak beli burger sebab kebanyakannya baru balik kerja.Lapar.Termasuklah saya.

Boleh dikatakan dalam seminggu mesti 1 atau 2 kali saya singgah di gerai burger.Dulu owner gerai burger atau pemilik bisnes burger ni siap bagi membership kad. Beli sekali pekerja dia cop kad tu 1 kali.Cukup 5 atau maybe 6(tak berapa ingat) pelanggan setia (sayalah tu!) akan dapat free burger 1 bijik! Siapa tak nak barang percuma kan…pandai tokey gerai burger ni buat bisnes burger.Gerai pun terletak di lokasi yang sesuai.Betul-betul di depan kedai runcit orang Acheh dan kedai mamak.Mesti dia dah kowtim dengan owner kedai Acheh untuk beri kebenaran berniaga di situ.Tapi itu tak pelik sangat, tokey gerai burger tu pun orang Acheh.Diorang ni bab berniaga memang bantu membantu.Bisnes burger yang kecik macam tu jangan pandang sebelah mata.

Saya selalu perhatikan masa pekerja gerai burger ni sibuk masak burger.Atas kuali mesti tak kurang 6 keping daging burger sedang dimasak.Maksudnya buka-buka gerai saja dah ramai yang order.Kalau saya sekali order 2-3 biji burger, orang lain ada yang lebih lagi.Saya sekali bayar banyak tu hampir RM10 juga,orang lain mesti lebih berganda-ganda.Bisnes burger nampak saja macam biasa-biasa.Tapi berapa banyak income tokey jual burger ni dapat satu malam? Banyak brader-brader.Banyak sangat.

Gerai burger brader Acheh ni bukan ada satu saja di kawasan tu.Sebenarnya dalam radius dan jarak tak sampai 1km ada 5 gerai burger tepi jalan.4 lagi tu orang Malaysia yang punya.Tapi buka gerai jarang-jarang, tutup tu selalu. Gerai burger abang Acheh ni buka setiap hari.Termasuk hari Ahad.Dan rasanya sekitar Kajang ni saya pernah nampak 3 gerai burger sama macam tokey burger acheh ni.Maybe itu pun dia punya atau dia buat francais sesama dia.Di tempat-tempat lain tu pun sama pekerjanya budak-budak Acheh. Time bulan puasa tak jual burger, jual roti john pulak.Masyuk sebenarnya bisnes burger ni.

Kita pun boleh buat bisnes burger kalau tau caranya.Untuk yang nak buat bisnes burger klik bawah ni:-

http://


Leave a comment

Ke Pasar Malam 2 Minggu Selepas Hari Raya Puasa

Dalam tempoh 2 minggu selepas hari raya puasa, saya dah 2 kali berkunjung ke pasar malam.Hari Rabu dan hari Khamis berturut-turut. 2 lokasi berbeza tapi masih dalam Kajang.Tak ada maknanya nak merayap jauh-jauh, dalam Kajang ni tiap-tiap hari ada pasar malam.

Semalam hari Khamis, peniaga  pasar malam tak ramai lagi.Banyak tapak-tapak kosong dan lopong di celah-celah kanopi penjual pasar malam ni.Kalau siapa yang rajin merambo tu, inilah masa yang sesuai.Kau tak perlu lagi bersusah payah meriki atau mengecop tapak kosong tu awal-awal (sebab takut peniaga asal datang berniaga atau rambo-rambo lain cilok tapak tu).Kau boleh dengan senang hati berniaga ikut suka hati kau di situ.Tapi untuk minggu ini saja la.Minggu depan bila peniaga pasar malam dah habis beraya,lemang, rendang, ketupat semuanya telah dibaham….kena back to square one.Jadi Rambo pasar malam dengan gigih semula. Apa ada hal, rambo sebenar Slyvester Stallone tu pun katanya nak sambung filem rambo tu lagi.Semangat.

Apa yang menarik pasar malam yang saya pergi semalam adalah cempedak goreng. Kena pula time tu baru angkat dari kuali.Beratur kastemer teguk air liur menunggu.Setelah pusing satu round, akhirnya rm15 terbang melayang. Borong makanan untuk makan malam tak ingat dunia punya dah.Tak apa, boleh makan ramai-ramai.