Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Jualan Air Balang Di Sabah Sold Out!

Ya betul…

Asalkan buat sampai jadi.

Lokasi walau di mana pun di Malaysia ni bukan menjadi halangan.Sebab itu origin latar belakang pembeli Ebook Bisnes Air Balang datang from everywhere.Terlatest adalah urang Sabah,Kota Marudu.

Dia baru beli ebook dan tak tunggu lama selepas tu terus berniaga.Itu pun katanya baru mencuba 1 jenis resipi sahaja untuk test power.Hasilnya not bad at all.Dah licin!

Good job boss!

Jadi jangan tunggu bulan ramadan untuk mulakan bisnes air balang.Sekarang pun boleh.Warm up dulu kasi panas.Mana yang terkurang,sempat lagi adjust.Kena tau beza di antara penceduk air balang dengan gayung mandi.Takkanlah itu pun kau nak tanya abang juga,kan?hihi…

Untuk beli ebook Bisnes Air Balang ( sementara harga masih belum naik) boleh klik di link di bawah:

atau whatsapp 0178471972

http://bit.ly/2CyNkbT

Advertisements


Leave a comment

Teh Ais Balang Viral Part 1

Thai-Iced-Milk-Tea

 

Teh ais pun boleh viral sekarang ni.

Siapa sangka siapa menduga teh ais yang biasanya kita hidangkan dalam cawan, kini dijual dalam balang air pasar malam.Macam biasa apabila sesuatu produk itu sedang meletop,ramai yang jadi usahawan teh ais balang segera.Jual teh ais sejenis saja pun dah cukup untuk buat side income.Rezeki, ye dak?

Apa pun saya melihat kewujudan teh ais balang ini sebagai satu perkembangan yang positif.Saingan yang sihat untuk jus air balang yang lain.Lebih banyak pilihan kepada pembeli, itu lebih bagus.

Tetapi berapa lama pula jangka hayat teh ais balang viral ini akan bertahan dalam pasaran?Selaku Nostradamus Air Balang, jangkaan saya adalah 2 tahun.Paling lama 3 tahun ia akan jadi terkenal sebelum perlahan-lahan jadi sunyi sepi.Contohnya dah banyak seperti bisnes air kopi jalanan,air jambu,ice blended dan lain-lain.

Pepatah orang Russia pernah berkata “rebut peluang sementara ia masih hot!”Jadi teruskanlah meramaikan dan menjadi peniaga teh ais balang di tepi jalan.Huhuhu…

Atau pun tambah knowledge resipi jus terpowerr dengan klik di sini.

 

 

 

 


Leave a comment

Setengah Jam Jerr Air Balang Dah Habiss Di Pesta Tanglung , Kepong K.Lumpur?WOW!!

 

LOKASI:Masjid Amaniah Kepong

TArikh: 7 Okt 2017

Masa: 8.00 pm

Kali ini kami memenuhi tempahan 2 air balang daripada Hajah Mah Lee untuk Pesta Tanglung di Masjid Amaniah Kepong.Jus durian belanda dan mata kucing menjadi pilihan Puan Hajah.Memang mercik la jawabnya! Kena dengan selera saudara- saudari cina muslim yg datang masa tu.Pukul 8 pm masa mula2 bancuh air balang pun dah ramai yang beratur dan minta kami cedukkan air.Setengah jam kemudian habisss..Mana yang tak sempat rasa tu …kesian la.Ramai sangat!Next time kena order lebih la gitu.

Sudah tentu jus durian belanda yg habis paling awal..kemudian air mata kucing.Bila 2 air balang yang powerr ni dah habis, barulah tetamu yang datang beralih minum air sirap kat hujung meja.

Terima kasih pada Hajah Mah Lee dan semua tetamu.

—————————————————————–

-Untuk tempahan katering air balang bulan Nov dan Dis 2017, dibuka sekarang!

-Open order untuk sabtu dan ahad sahaja (hujung minggu).

-Mulai okt 2017, minima order 3 balang utk area K.lumpur, Putrajaya, bangi, semenyih dan kajang.

-Harga Promosi :RM100 per balang

-Whatsapp ke 0178471972 atau pm inbox.


Leave a comment

HABISSLAH!…Tak Sampai 3 Jam Air Jagung Peniaga Pasar Malam Ini SOLD OUT!

 

Lintas langsung dari pasar malam Subang…

Alhamdulillah cuaca hari ni cantik dan tak hujan.Jadi sales air balang pun laju macam air mengalir.Rezeki, rezeki..Syukur!

Air jagung yang pekat, sedap n powerrr kompom la licin dulu.Dalam 3 jam semua sudah clear.Kena terjah dengan orang Subang hari ni.

Terima kasih kepada puan Nawwar Nasrul yang terus setia dapatkan dan repeat order pati air jagung dari kami.

Untuk try order pati air jagung whatsapp 0178471972..Kualiti pati air jagung terbaik.

Tiada minima order.Pm laju-laju sekarang!


Leave a comment

PATI AIR JAGUNG KAWW UNTUK PENIAGA PASAR MALAM

 

Hari ini kami selesai delivery 4 botol pati air jagung 5 liter ke kastemer tetap yang berniaga di pasar malam area lembah klang.Apa yang specialnya, dengan kami tak ada minima botol per order atau harga pakej mahal-mahal.Kalau kau nak order 1 botol dulu pun boleh, sebab kami faham korang nak test power n try kaww atau tak pati air jagung ni.

Well daripada feedback yang dah ambik pati jagung ni regularly,rasa dia sama kaww dengan pati jagung yang dah established di pasaran skg.Paling penting pati air jagung ini masih dijaga kualiti , kepekatan, likat dan kesedapannya. So air jagung ni gerenti cepat sold out!

Supaya kau tak tertanya-tanya mana boleh dapat pati air jagung kaww ini, kat bawah kami bagi info:

-Pati air jagung kaww: RM55 :5 liter
-Sesuai untuk peniaga air balang dan pasar malam
-Pick up area :Tesco Kajang
-Delivery ke Semenanjung Malaysia, Sabah n Sarawak dikenakan cas penghantaran
-Order /whatsapp ke 0178471972
-Sukatan , tip dan bancuhan yang tepat dan kaww akan diajar sebaik confirm order.


Leave a comment

Begini Caranya Peniaga Pasar Malam Ini Jual Air Jagung Yang Sedap,Pekat,melekat hingga SOLD OUT!

 

 

Wahai Citizen of Subang!

Lepas ni u all dah tak perlu risau atau kempunan bila nak minum air jagung yang sedap dan POWERRR.Tak payah pergi jauh-jauh lagi…sebab air jagung tu dah mulai dijual pasar-pasar malam area Subang oleh seorang usahawan pasar malam…From Kajang now in Subang.

Terima kasih kerana setiap minggu konsisten mendapatkan pati air jagung juicylicious direct daripada kami.Hujan-hujan pun tetap sold out air jagung tu…tahniah!

Selain itu beliau yang turut menjual beberapa jenis air balang lagi yang juga mantop2…macam jus nenas, teh ais kaww dan tembikai.Mau kecur air liur tu kan tengok jus nenas…

Jom serbu gerai air balang ni!

============================================
-Pati air jagung pekat,likat dalam botol 5 liter

-Tiada minimum order-1 botol pun boleh (Self Pick up di Kajang sahaja).

-Untuk Order Whatsapp ke 0178471972(mizan)

 

 


Leave a comment

Blues Air Balang: Part 1

“Petang ni air balang tambah lagi 2 jenis.”

“Menu baru special kita ialah air sirap selasih dan oren sunquick.”

“Jadi hari ni kita jual 10 balang air la, boss?”

“Yup!Semalam 8 balang habis licin tak sampai pukul 7 kan?So hope today 10 balang pun sold out tanpa kesian-kesian.”

“Dah…tolong aku susun balang.Lepas tu tuang ais batu macam biasa.Kau susun balang air sirap selasih dan oren sunquick tu kat hujung sekali.”

Sekejap lagi dah nak masuk asar. Aku dan  Faiz tekun bekerja memunggah barang dari dalam kereta.Cuaca tengah sedap untuk berniaga nampaknya. Panas terik. Ramalan cuaca di TV malam tadi kata petang-petang minggu ni akan kerap hujan. Fenomena La Nina yang melanda sebelah Pantai Timur kini beralih arah ke negeri-negeri Pantai Barat.

Aku tak percaya sangat ramalan cuaca.Entah-entah krew berita kaji cuaca ni pun lantik bomoh hujan sebagai consultant.  Tapi sebab penyampai berita kaji cuaca wanita tu langsing dan lawa, aku beri dia peluang nak cakap apa.Aku bantah pun dalam hati selalunya.

“Faiz, tolong aku tuang ais batu…lagi 3 balang je.Kau support belakang.”

Arahan aku tegas dan mantap.Selaku CEO air balang di bulan puasa yang humble dan ingat Tuhan, aku akan walkabout turun padang dan buat kerja sama-sama.

Faiz datang membantu.Dia pegang hujung plastik ais batu dan aku di depan mengemudi ais-ais batu ketul masuk ke dalam balang. Budak lepasan SPM ni memang pembantu yang cekap dan boleh diharapkan.Walaupun Faiz minat band K-Pop Korea dan selalu ucap Annyeong haseyo tak tentu hala tapi dia pesen ringan tulang dan mendengar cakap ketua.

Hari pertama dia datang bekerja dengan rambut karat kaler perang.Aku cukup tak berkenan dan sound direct.Esoknya dia terus pakai songkok.

Setel 2 balang.Tinggal balang yang terakhir.

Aku angkat 1 bag plastik ais kiub lagi dan segera tuang ke dalam balang terakhir.Ais batu meluncur keluar dengan bebas dan laju.Jari-jemari runcing aku kecut dan sejuk bila berterusan pegang ais batu tanpa lapik. Aku syak aku mungkin bakal terkena  simptom ‘frostbite’ iaitu seperti yang kerap berlaku pada pendaki Gunung Everest.

Selesai.

10 jenis air balang siap tersusun kemas di atas meja menanti bakal pelanggan. Aku duduk sebentar melepas penat dan mengesat peluh yang mengalir deras bagai shower paip terlupa tutup.Faiz duduk di sebelah.Kami berdua diam.Penat.

Dengan tekak kering tahap maksimum, perut pula lapar mintak nasi dan kambing golek perap sos Blackpepper.Depan mata aku terhidang 10 jenis air balang yang sedap dan pelbagai warna menggoda minta diminum.Aku teguk air liur.

banner bab728x90

Lagi 3 jam baru azan maghrib dan masuk waktu berbuka puasa.Kalau bukan sebab gerun tengok balasan dan azab yang diterima oleh orang yang tak berpuasa dalam satu episod drama TV Tanah Kubur dulu,boleh kecundang puasa hari ni. Aku geleng-geleng kepala dan istighfar 6 harakat macam Tok Adi Tanah Kubur.

“Aku gerak ke surau dulu solat asar.Kau relakss diam-diam.Tunggu kastemer datang.Jangan ponteng puasa…Bertabahlah!” Tarbiah singkat tapi padu daripada aku membuatkan Faiz cuma angguk lemah dan hampa.

Sebelum melangkah pergi,  aku pandang sekali lagi pada 10 jenis air balang di atas meja.Terasa macam ada yang tak kena.Tapi entahlah nampak macam semuanya baik-baik.

Ketika aku baru berpaling dan buka pintu kereta,tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat dan berdentum dari gerai air.

Prakkkk…Praaaakkkkkkkk..

“Oh No! No! No!Big No!”

Meja gerai air balang aku patah dan roboh.Dalam gerak perlahan aku saksikan 10 balang air jatuh serentak. Ada yang bergolek-golek manja atas jalan.

Faiz cuba menjadi superhero dengan menyelamatkan balang air tembikai tetapi gagal. Faiz basah lencun mandi air tembikai dan air gula.

Malapetaka!

 

Bersambung.