Tulis Tangan Kiri

Blues Air Balang: Part 1

Leave a comment

“Petang ni air balang tambah lagi 2 jenis.”

“Menu baru special kita ialah air sirap selasih dan oren sunquick.”

“Jadi hari ni kita jual 10 balang air la, boss?”

“Yup!Semalam 8 balang habis licin tak sampai pukul 7 kan?So hope today 10 balang pun sold out tanpa kesian-kesian.”

“Dah…tolong aku susun balang.Lepas tu tuang ais batu macam biasa.Kau susun balang air sirap selasih dan oren sunquick tu kat hujung sekali.”

Sekejap lagi dah nak masuk asar. Aku dan  Faiz tekun bekerja memunggah barang dari dalam kereta.Cuaca tengah sedap untuk berniaga nampaknya. Panas terik. Ramalan cuaca di TV malam tadi kata petang-petang minggu ni akan kerap hujan. Fenomena La Nina yang melanda sebelah Pantai Timur kini beralih arah ke negeri-negeri Pantai Barat.

Aku tak percaya sangat ramalan cuaca.Entah-entah krew berita kaji cuaca ni pun lantik bomoh hujan sebagai consultant.  Tapi sebab penyampai berita kaji cuaca wanita tu langsing dan lawa, aku beri dia peluang nak cakap apa.Aku bantah pun dalam hati selalunya.

“Faiz, tolong aku tuang ais batu…lagi 3 balang je.Kau support belakang.”

Arahan aku tegas dan mantap.Selaku CEO air balang di bulan puasa yang humble dan ingat Tuhan, aku akan walkabout turun padang dan buat kerja sama-sama.

Faiz datang membantu.Dia pegang hujung plastik ais batu dan aku di depan mengemudi ais-ais batu ketul masuk ke dalam balang. Budak lepasan SPM ni memang pembantu yang cekap dan boleh diharapkan.Walaupun Faiz minat band K-Pop Korea dan selalu ucap Annyeong haseyo tak tentu hala tapi dia pesen ringan tulang dan mendengar cakap ketua.

Hari pertama dia datang bekerja dengan rambut karat kaler perang.Aku cukup tak berkenan dan sound direct.Esoknya dia terus pakai songkok.

Setel 2 balang.Tinggal balang yang terakhir.

Aku angkat 1 bag plastik ais kiub lagi dan segera tuang ke dalam balang terakhir.Ais batu meluncur keluar dengan bebas dan laju.Jari-jemari runcing aku kecut dan sejuk bila berterusan pegang ais batu tanpa lapik. Aku syak aku mungkin bakal terkena  simptom ‘frostbite’ iaitu seperti yang kerap berlaku pada pendaki Gunung Everest.

Selesai.

10 jenis air balang siap tersusun kemas di atas meja menanti bakal pelanggan. Aku duduk sebentar melepas penat dan mengesat peluh yang mengalir deras bagai shower paip terlupa tutup.Faiz duduk di sebelah.Kami berdua diam.Penat.

Dengan tekak kering tahap maksimum, perut pula lapar mintak nasi dan kambing golek perap sos Blackpepper.Depan mata aku terhidang 10 jenis air balang yang sedap dan pelbagai warna menggoda minta diminum.Aku teguk air liur.

banner bab728x90

Lagi 3 jam baru azan maghrib dan masuk waktu berbuka puasa.Kalau bukan sebab gerun tengok balasan dan azab yang diterima oleh orang yang tak berpuasa dalam satu episod drama TV Tanah Kubur dulu,boleh kecundang puasa hari ni. Aku geleng-geleng kepala dan istighfar 6 harakat macam Tok Adi Tanah Kubur.

“Aku gerak ke surau dulu solat asar.Kau relakss diam-diam.Tunggu kastemer datang.Jangan ponteng puasa…Bertabahlah!” Tarbiah singkat tapi padu daripada aku membuatkan Faiz cuma angguk lemah dan hampa.

Sebelum melangkah pergi,  aku pandang sekali lagi pada 10 jenis air balang di atas meja.Terasa macam ada yang tak kena.Tapi entahlah nampak macam semuanya baik-baik.

Ketika aku baru berpaling dan buka pintu kereta,tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat dan berdentum dari gerai air.

Prakkkk…Praaaakkkkkkkk..

“Oh No! No! No!Big No!”

Meja gerai air balang aku patah dan roboh.Dalam gerak perlahan aku saksikan 10 balang air jatuh serentak. Ada yang bergolek-golek manja atas jalan.

Faiz cuba menjadi superhero dengan menyelamatkan balang air tembikai tetapi gagal. Faiz basah lencun mandi air tembikai dan air gula.

Malapetaka!

 

Bersambung.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s