Tulis Tangan Kiri

Clever Girl

Leave a comment

“ Abah!Bosan laaa…Jom main apa-apa nak?”  tiba-tiba Uqasha Senrose lompat atas badan Harris yang sedang sedap berbaring.Perut six pack Harris senak sekejap.Mata Harris yang hampir terpejam terus terbuka luas.

“Main apa?Qasha pergilah main games dalam Tab tu.Tak pun pergi tengok Disney Junior.Agaknya ada Sofia The First episode baru.”Harris cuba alih perhatian Qasha.

Dia tau Qasha sangat minat dengan Puteri Sofia dan kawan-kawannya. Pernah sempena harijadi, Qasha minta Harris hadiahkan gaun ungu dan mahkota sama sebijik apa yang dipakai oleh Sofia.Tapi sebagai bapa yang mencintai keamanan dunia,Harris belikan baju spiderman .

“Bosan!Bosan!Abah kena main dengan Qasha jugak.Tak kira!”  Qasha buat muncung panjang.Merajuk.

“Okla….kita main soal-soal.Siapa yang dapat jawab dia menang,orait?” Harris mengalah.Tapi Harris sedar dia sendiri memang handal dalam acara teka-teki,soal jawab,dam ular dan pantun 2 kerat dengan anaknya.

“Yeaah!Okeh…Abah soal Qasha dulu.” Qasha bersedia dalam posing menongkat dagu.

“Soalan matematik ya…5 tambah 4, jawapan dia berapa?”Harris uji Qasha dengan soalan matematik yang mudah.

“Sembilan!” jawab Qasha dengan 9 jari ditunjukkan betul-betul ke muka Harris.

“Clever girl!..Betul.Turn Qasha pulak.” Harris ready.Apa sangat lah soalan matematik budak darjah 1.Add math masa exam SPM pun dia boleh jawab sambil pejam mata.Untuk ambil feel, Harris pejamkan mata dan bayangkan dia sedang berjemur di pantai Maldives.

“10 darab 2…..”Qasha memulakan soalan.Harris senyum.Kacang is peanut je ni.

“10 darab 2 x 30000+0 x 99999 bahagi 6 – 123456789 darab lagi 52143 darab lagi…….”

Uqasha Seanrose terus bertanya soalan matematik tanpa henti sambil jejari runcingnya lincah menekan kalkulator .

Tak aci.Harris tidur betul-betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s