Tulis Tangan Kiri

Dilema Seorang Kawan

Leave a comment

Aku ada seorang kawan kerja sedap gaji sederhana boleh tahan.Kerja dalam bangunan ada aircond dari pagi sampai ke malam.Sejuk atau rasa macam beku otak duduk lama-lama tempat ada hawa dingin ni dia dah imune.Kalis beku dah.

Lately dia sound aku nak resign dalam masa terdekat.Aku kata kipidap la.Tapi kau nak buat apa kalau dah berhenti kerja?Tunggu orang masuk meminang?Jadi suri rumah sepenuh masa?Married tapi benci?Tak boleh…tak boleh.pasal kau lelaki!

Then dia buka rahsia.Dah 2 bulan dia buka gerai kopi King.Tepi jalan je bro…Ada sambutan dan pelanggan tetap sekarang ni.Jadi dia target untuk buat bisnes jual air tu full time.Jadi pembancuh kopi professional, tak mainlah buat kerja semi pro.

Masalah dilema kawan aku ni ialah dia sayang nak tinggalkan kerja sedap, duduk  dalam air cond,gaji ok dia sekarang ni.Rakan-rakan sekerja pun rapat dan kamcing giler sebab dah lama kenal.

Aku nasihatkan dia camni.Benda tu terjadi macam zaman bercinta dulu.Kau ada seorang makwe badan sedap,bulu mata lentik,rambut ikal ala Anzalna Nasir (gantikan Neelofa yang berhijab untuk makwe imaginasi islamik dan patuh syariah).Pendek kata cantik serba serbi.Tip top segala bagai.

Memang sayang nak tinggal bila dah lama berkasih-kasihan sampai ke tahap bercakar-cakaran.Jadi kau kena fikirkan 1 benda negatif pasal makwe ni yang paling kau tak suka.Contohnya makwe kau tu lawa tapi tak boleh sebut huruf ‘D’ dengan betul sebab lidah dia pendek.Jadikan 1 kekurangan makwe kau itu sebagai turning point untuk kau clash dengan dia.Lepas tu jangan kau ucap selamat tinggal.

Same goes to dilema kau ni..Apa 1 benda yang kau tak suka kat opis selama ni?Dia ambik masa juga nak jawab.Fikir,fikir.Angguk.

Ok,ok…aku tak suka toilet kat ofis aku.Sebab busuk dan orang berak lepas tu tak reti nak pam.

Haaa…see itu dia! Kau kena resign tanpa ragu-ragu sebab tandas opis kau macam laknat.Buat bisnes air kopi full time.Mudah saja nak cari sebabnya kan?

Kawan aku balik dari sesi melepak di kedai mamak dengan muka ceria.Aku harap dia akan ketemu kebahagian dengan bisnes air kopinya.Cuma satu persoalan, aku terfikir sampai sekarang,kalau nanti dia jual air kopi tepi jalan dan nak terberak, ke mana arah beliau akan pergi? Sebab tandas stesen minyak petronas, petron,shell, bhp pun 2 kali 5 macam neraka.Bersepah-sepah seperti dilanda periuk api.Aku harap dia akan sembelit.

banner bab728x90

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s