Tulis Tangan Kiri

Air Balang VS Air Buah Blend Pasar Malam Part 1

Leave a comment

Sekarang dah jadi rutin mingguan, hari Rabu aku akan ke pasar malam.Sekali seminggu.Bukan pergi berniaga tapi pergi membeli makanan macam orang lain jugak. Kecuali hujan terpaksalah menjamu selera di kedai tomyam siam atau mamak.

Yang menariknya di pasar malam yang aku pergi tu ada seorang peniaga air yang aku gelar dia raja air balang. Aku memang sukahati je bagi gelaran tu pada dia sebab dia tak tahu pun.Kalau orang lain nak dapat tapak sekangkang monyet pun kena berebut-rebut, dia bukan macam tu. 3 tapak sekali dia punya. Maybe sebab dia dah niaga lama so pelan-pelan dapat banyak tapak macam tu.Aku agak la.

Air balang dia memang bad ass!…Maksud aku dahsyat gitu bila diterjemahkan ke bahasa ibunda.Dulu 12 balang air campur 1 jenis lagi air tebu.Datang pun dengan lori yang boleh angkut lembu korban time raya haji.Mana muat nak sumbat semua barang tu dalam kereta.Van pun. Sekarang dah tak berbelas-belas balang air.Dia tukar taktik.Balang air ada 4-5 saja.Maybe lagi kurang. Aku tak kira sangat.Space lagi separuh tu digunakan untuk jual air buah style blend.

Yang aku nampak air buah yang dia blend ada air buah tembikai, honey dew, naga, kedondong, durian belanda dan 2, 3 jenis lagi.Bila jual air buah style blend begini kena ada teamwork yang awesome.Sorang kat belakang incas potong-potong buah, sorang lagi tukang blend.Pelayan kat bahagian depan bagi makwe yang incas.Dia layan kastemer dengan susun air buah yang telah diblend tu tadi banyak-banyak atas meja kasi nampak meriah.

Jadi ada 2 jenis air, air balang dan air buah blend.Setting cantik-cantik sebelah-menyebelah.Pelanggan memang ada banyak lagi pilihan. Aku pun pernah beli.Saja nak merasa.Tapi secara jujurnya air honey dew dia tu sedap.Sama sedap macam yang aku buat dan jual kat mana-mana selam ni. Yang lain-lain tu biasa-biasa saja.

Soalan pop kuiz….mana lagi untung? Jual air balang atau air buah blend?

Bersambung ke part 2.

 

Untuk belajar buat air buah yang sedap klik sini! 

banner bab300x250

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s