Tulis Tangan Kiri

Ke Pasar Malam 2 Minggu Selepas Hari Raya Puasa

Leave a comment

Dalam tempoh 2 minggu selepas hari raya puasa, saya dah 2 kali berkunjung ke pasar malam.Hari Rabu dan hari Khamis berturut-turut. 2 lokasi berbeza tapi masih dalam Kajang.Tak ada maknanya nak merayap jauh-jauh, dalam Kajang ni tiap-tiap hari ada pasar malam.

Semalam hari Khamis, peniaga  pasar malam tak ramai lagi.Banyak tapak-tapak kosong dan lopong di celah-celah kanopi penjual pasar malam ni.Kalau siapa yang rajin merambo tu, inilah masa yang sesuai.Kau tak perlu lagi bersusah payah meriki atau mengecop tapak kosong tu awal-awal (sebab takut peniaga asal datang berniaga atau rambo-rambo lain cilok tapak tu).Kau boleh dengan senang hati berniaga ikut suka hati kau di situ.Tapi untuk minggu ini saja la.Minggu depan bila peniaga pasar malam dah habis beraya,lemang, rendang, ketupat semuanya telah dibaham….kena back to square one.Jadi Rambo pasar malam dengan gigih semula. Apa ada hal, rambo sebenar Slyvester Stallone tu pun katanya nak sambung filem rambo tu lagi.Semangat.

Apa yang menarik pasar malam yang saya pergi semalam adalah cempedak goreng. Kena pula time tu baru angkat dari kuali.Beratur kastemer teguk air liur menunggu.Setelah pusing satu round, akhirnya rm15 terbang melayang. Borong makanan untuk makan malam tak ingat dunia punya dah.Tak apa, boleh makan ramai-ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s