Tulis Tangan Kiri

Mencari Tapak Bazar Ramadan

Leave a comment

“Dik, pinjam pen sekejap.” Sapa lelaki di sebelah saya. Pendek dan rambut tak berapa lebat. Sesuai dijadikan pelakon testimoni masalah rambut botak tiada lagi dengan Yun Nam Hair Care.

Tak ada orang lain selain dia dengan saya yang sedang ralit melihat senarai penganjur bazar ramadan untuk tahun ini di daerah Kajang pada notice board. Ada 10 lokasi bazar ramadan yang menarik minat saya.Apa-apa hal salin dulu nombor telefon.Pilihan boleh dibuat kemudian.

” Meniaga kat mana nanti, bang? ” Tanya saya sambil menghulurkan pen pada dia. Kalau handset tak habis bateri tadi mudah sikit kerja.Snap saja senarai semua tu.Tak payah salin-salin dah.Nasib baik saya memang standby pen awal-awal dalam poket baju.

” Tak tahu lagi…Baru survey-survey.Cadang nak masuk area Bangi.”Jawab abang itu.Senyum tipis.

“Saya ni area KL dah dapat 1 tapak, Serdang pun dah ada..tinggal kawasan Kajang saja belum apply.Dapat 2-3 lokasi sekitar Bangi saja pun jadilah. Dengar khabar sebelah Bangi ni bazar ramadan meriah sikit” abang itu senyum tipis lagi. Pen dikembalikan semula sebelum dia beredar pergi dan ucap terima kasih.

Sampai ke sudah saya tak tahu apa yang abang tu jual time puasa.Tak terfikir nak tanya masa men talk tu. Tak kanlah jual apam balik sampai banyak tempat begitu.Kalau selamba sampai 5-6 tapak bazar ramadan dia sorang saja yang punya, dah tentulah dia bukan calang-calang orang. Mesti duit dia banyak.Tokey besar yang entah dari mana-mana. Kini dia di Kajang. Atau Bangi.

Bisnes air balang, klik sini! 

banner bab300x250

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s