Tulis Tangan Kiri

Jurnal Pasar Tani 3

Leave a comment

September, 2014 Kuala Lumpur

30 minit lagi ke pukul 7 pagi.

Hari masih gelap.Saya dah pun sampai ke lokasi pasar tani di tengah kotaraya ini. Ingatkan saya datang terlalu awal (habis solat subuh di rumah terus bergerak) tetapi dah ramai peniaga-peniaga lain yang datang. Semuanya dah standby dan siap untuk berniaga.Hari yang gelap tak menjadi masalah pada mereka. Masing-masing pasang lampu pada gerai. Pelanggan pasar tani pun sudah ramai yang datang membeli.Ini sudah cukup bagus!

7.30 pagi.

Saya sudah tawaf pasar tani ini sebanyak 5 kali.Tapi belum dapat jumpa pihak urusetia. Gerai urusetia ada tapi tiada sesiapa pun di situ. Di mana mereka bersembunyi? Saya berpusing-pusing lagi. Saya berjumpa seseorang yang memakai baju urusetia lalu terus memberi salam dan bertanya.Tekaan saya tak berapa betul.Katanya dia bukan urusetia tapi pengerusi pasar tani di situ. Untuk tapak promosi sila jumpa urusetia di gerai daging.

8.00 pagi.

Daging kambing, ayam, hati dan tulang-tulang rusuk lembu terkujur di atas meja. Saya masih berdiri di tepi gerai daging.Tuan punya gerai daging nafikan yang dia adalah urusetia.Bukan dia tapi jawatan urusetia tersebut disandang oleh anaknya..’Saya tak tau apa-apa’.Kata pakcik itu. Dia juga tak tahu menahu ke mana anaknya yang bergelar urusetia itu pergi. Saya kena tunggu.

8.10 pagi.

Ok, dah cukup lama saya tunggu.Tak boleh jadi! 1 jam 10 minit saya sia-siakan dengan menunggu orang.Saya tawaf pasar tani itu sekali lagi.Ternampak seorang brader sedang asyik tampal nombor-nombor pada gerai.Dia berbaju bertuliskan urusetia. Ya memang dia, saya dah jumpa!Segera saya tunjukkan permit promosi pada dia. Masalah…masalah, kata dia.Kanopi untuk tapak promosi langsung tak ada.Hari ini kebetulan ada majlis keraian yang dibuat di tapak pasar tani itu. Ada orang-orang besar dari FAMA datang.Jadi semua kanopi yang ada termasuk kanopi simpanan untuk peniaga tapak promosi digunakan.

Ada bawa kanopi sendiri tak? tanya beliau.Dah tentulah saya tak bawa.Manalah saya tahu di situ hari ini ada acara pula.Lagipun FAMA bagitau tak boleh guna kanopi sendiri. So macam mana ni?

Dia maklumkan pada saya boleh berniaga di tapak hujung sana.Tapi tak ada disediakan kanopi..Boleh?

Saya berkira-kira sendiri. Duit tapak saya dah bayar awal-awal.Tapak niaga di hujung pula sangat tak strategik. Saya kira menjelang pukul 9 pagi matahari mula naik dan saya akan berniaga tengah panas.Oh…no way! Tak mungkin!Lupakan saja.Jangan harap nak dapat refund duit semula walau pun bukan salah saya. Kanopi yang tak cukup itu la pesalah sebenar, kan?

Saya terus balik dan memecut ke pasar tani lain. Harap-harap urusetia di situ (yang saya dah kenal) boleh bertimbang rasa dan beri peluang saya berniaga di sana.Barang-barang semua dah prepare, tinggal nak set up gerai dan jual. Tak elok membazir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s