Tulis Tangan Kiri

Jual Jus Durian Belanda Homemade

1 Comment

Kalau dikira bab jual air, sebut apa jenis air yang belum pernah aku jual. Dari air biasa-biasa main bancuh gitu aje macam air bandung cincau, laici, oren sampai la ke jual air kelapa dan air tebu. Kerja senang main tuang pati atau kordial terus masuk balang.Tapi sales biasa-biasa je.

Bila dah mula jual jus, kerja senang-senang gitu aku tinggalkan. Kena susah payah la sikit nak blend buah dekat rumah lepas tu baru bawa niaga. Ada orang sarankan pada aku baik jual ice blended terus di pasar malam. Sama juga nak kena blend bagai. Tapi aku tak nak. Sebab kena beli generator. Mahal. Kena beli blender heavy duty lagi. Pun mahal juga. Sebenarnya aku lagi selesa berniaga ikut style sendiri. Kalau boleh guna blender murah, buat apa beli yang lagi mahal?Sales berniaga so far so good.

Sabtu lepas aku menerai jual jus yang belum pernah aku jual iaitu jus durian belanda. Aku nak uji taste pembeli sedap ke tak jus durian belanda homemade yang aku buat tu. Of course la aku dah test rasa sendiri sebelum jual. Dah minum masa blend kat rumah dan  jus durian belanda tu actually sedap! Memang best pekena minum jus durian belanda dalam keadaan cuaca yang panas dan kering begini. Patutla ramai yang beratur beli jus durian belanda ni di pasar malam. Cuma tak tau apa reaksi orang lain pada jus homemade terbaru dari aku ni.

Lokasi pasar malam tempat aku berniaga di kawasan luar bandar. Bukan pasar malam area lembah klang. Aku ni ibarat orang nomad bila berniaga pasar malam. Main redah mana-mana pasar malam yang aku nak. Aku jual 1 cup jus durian belanda tu RM2. Tak main singgit-singgit ni. Tak padan harga singgit tu dengan jus durian belanda yang katanya banyak khasiat. Tak percaya try google. Jus durian belanda homemade aku laris! Laku sangat-sangat dan tiada seorang pun yang komplen jus tu mahal. Yang paling penting tak ada yang komplen tak sedap, kurang durian ke, kurang belanda ke. Semuanya ok secukup rasa!

So moral of the story ( eh, sejak bila ada cerita moral dalam blog aku ni?), kalau rasa ada produk baru nak dipromosikan, jual saja. Jangan takut try and error. Jangan takut rugi. Berapa sen sangat la kerugian tu berbanding untung yang akan kau dapat kalau ia laris? Take a risk bro..

Klik sini kalau nak pandai buat 9 jus paling laku di pasar ramadhan & pasar malam!

One thought on “Jual Jus Durian Belanda Homemade

  1. Salam , saya ada email tuan tapi masih belum dibalas . terima kasih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s