Tulis Tangan Kiri

Jual Roti, Pizza & Pau Homemade Pasar Malam

1 Comment

Pernah test makan roti homemade di pasar malam? Pernah makan pizza homemade pasar malam? Rugi la kalau tak pernah rasa. Dah la pizza dia sedap. Tak kedekut isi. Roti dan pau pulak gebu dan lembut semacam. Harga pun murah.Ye la…tiada cukai atau GST bagai.

Sebenarnya jual roti, pizza dan pau homemade pasar malam lebih bagus dan untung  berbanding berniaga pelbagai  jenis makanan lain. Selalunya cuma ada seorang jual roti, pizza & pau homemade atau paling ramai pun 2 orang. Kalau nasi ayam…nasi beriani….ayam goreng atau bihun sup ada dekat 4-5 orang sekali berniaga. Ramai.

Jadi penjual roti, pizza dan pau homemade senang-senang je tarik pelanggan. Kuasai pasaran pasar malam. Dia tak ada pesaing lain. Untung. Tapi kena buat sedap-sedap. Tak pandai boleh belajar. Tak semestinya perlu kursus bayar mahal-mahal untuk pandai buat bun, pizza & pau homemade tu. Kat sini pun boleh pandai kalau follow step by step. 

Ada sekali tu saya datang nak beli pau kacang merah kat sorang brader ni tapi dah habis. Baru pukul 7.50 pm tapi dia dah nak kemas barang.Inti kacang merah brader ni banyak. Melimpah ruah. Pau lembut dan gebu sangat. Itu yang selalu cepat habis. Lagi best kalau kita sendiri yang pergi  jual roti, pizza & pau homemade pasar malam.

So kalau tak pandai masak nasi ayam atau masakan lain tapi masih nak niaga pasar malam tak apa. Jual roti, pizza & pau homemade pun boleh untung. Boleh sold out!

 

One thought on “Jual Roti, Pizza & Pau Homemade Pasar Malam

  1. Setuju, saya pun suka beli pizza, roti kat pasar malam yang memang orang islam buat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s