Tulis Tangan Kiri

Jurnal Pasar Tani part 2

Leave a comment

22 Feb 2014, Sabtu- Kuala Lumpur

7.00 pagi

Adat berniaga di tempat baru dan serba asing, saya datang awal. Kanopi urusetia di sebelah peniaga anak-anak pokok. Tiada sesiapa di situ melainkan dacing penimbang di atas meja. Abang peniaga anak-anak pokok dengan ramah maklumkan pada saya incas yang jaga pasar tani tengah setup gerai dia sekejap. Tanpa lengah saya terus ke gerai yang dimaksudkan itu.

7.10 pagi

Surat kebenaran berniaga di tapak promosi telah berada di tangan abang urusetia. Tak ada masalah kata dia. Cuma tunggu dia dapatkan kanopi promosi yang kosong. 5 minit kemudian saya ditunjukkan gerai promosi yang bakal saya gunakan hari ini. Terima kasih brader! Cekap dan pantas berdesup buat kerja.

7.45 pagi

Okay semua dah setel. Meja dah dibuka, ais batu pun dah ada. So dah boleh mula berniaga ni! Sebelum itu ada peniaga yang tumpang letak barang jualan sebentar di gerai saya. Tikar getah upin ipin dan macam-macam jenis tikar trend terkini. Dia juga tunggu tapak promosi yang kosong untuk berniaga (Saya agak dia booking tapak gerai ni awal-awal lagi). Malangnya dia tak ada surat kebenaran berniaga dari fama. Jadi abang urusetia dengan profesional larang dia berniaga hari itu. Tapak promosi telah penuh.

8.30 pagi

Saya perasan juga perkara ini. Rata-rata pembeli atau yang saja-saja datang ke pasar tani ramai yang datang pada waktu sekarang sampai pukul 10.30 pagi nanti. Gerai jus saya hari ini diapit oleh gerai peniaga ikan di sebelah kiri. Di sebelah kanan seorang pakcik berniaga pelbagai jenis akar kayu. Angin agak kuat. Banner yang saya ikat di sebelah atas saja melayang-layang setiap kali angin bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa.

10.00 pagi

Customer ramai datang singgah dan membeli. Seperti biasa jus kedondong asam boi menjadi tumpuan. Sales 2 jenis jus lagi iaitu pink guava dan jus roselle pun boleh tahan. Lebih laju daripada berniaga di pasar tani minggu lepas. Betul kata orang, berniaga apa pun jika lokasi tak cantik memang susah nak dapat untung. Hari ini saya sedikit beruntung!

11.30 pagi

Pengunjung ke pasar tani makin kurang. Biasalah tu, hari makin panas. Sebab itu ramai yang membeli awal pagi seperti yang saya katakan sebelum ini. Cuma hari ini rasa jus roselle homemade saya tune sedikit lari dan kureng. Minggu lepas dah sedap nak mampus. Dengan masam manis yang cukup power. Dah rasa seakan-akan air ribena. Saya rasa saya tahu apa yang tak kena dan akan perbaiki minggu hadapan. Masalah kecil saja. Anak pakcik penjual akar kayu hulur botol mineral 1.5 liter yang kosong. Dia minta refill jus kedondong asam boi ke dalam botol mineral itu sampai penuh tapi harga tak nak penuh. Saya bagi diskaun murah-murah.

12.10 tgh

Balik rumah. Duit untung hari ini belum kira. Tapi ada banyak peningkatan. Bulan depan saya akan kembali berniaga di sini.

klik sini untuk beli ebook jus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s