Tulis Tangan Kiri

Jurnal Pasar Tani Part 1

Leave a comment

Sabtu 15 Feb 2014.

6.50 pagi..

Saya dah terpacak di pasar tani. Pagi masih gelap. Peniaga-peniaga pasar tani sibuk setup gerai masing-masing. Susun dan kemas barang jualan cantik-cantik atas meja. Kebanyakan yang berniaga di sini peniaga lama pasar tani. Muka-muka otai sedang mencari rezeki.

7.10 pagi..

Kaki dah mula lenguh berdiri. Penat sebenarnya menanti orang macam tu. Buang masa satu hal. Tapi terpaksa. Kalau saya tak tunggu, tiada harapan untuk berniaga pagi ini. Hari dah terang sikit. Rata-rata peniaga pasar tani dah ready untuk berbisnes. Saya? jangankan tapak niaga, kanopi pun belum ada.

7.15 pagi..

Tak boleh jadi. Saya pusing dan tawaf 3 kali kawasan pasar tani. Manalah tau abang urusetia duduk melepak atau menyelit di gerai orang lain. Mungkin dia pergi beli nasi lemak dulu kot. Sebab tu agaknya dari awal-awal saya datang tadi di kanopi urusetia yang ada di situ cuma meja dan kerusi. Berniaga di sini perlu melalui abang urusetia.Tapi di mana dia?

7.30 pagi..

Pengunjung pasar tani mulai datang. Apa yang saya nampak, tapak-tapak niaga di sini dah mulai penuh. Saya tak tahu di mana saya akan diletakkan untuk berniaga. Hujung sana pun pack. Sebelah sini juga sama. Eh..eh..Abang urusetia rupanya baru datang. Atau saya yang terlebih awal.

7.40 pagi..

Abang urusetia minta saya tunggu sebentar. Dia akan uruskan sekejap lagi. Uruskan tapak saya dan lagi 5 orang yang masih belum ada tapak berniaga. Kata abang urusetia kanopi tak cukup. Tapak pun dah full.Tapi dia akan cuba adjustkan. ” Meniaga rambo, gini lah..tiap-tiap minggu kena tunggu ” Abang apam balik di sebelah saya berbisik. Kami perlu terus menunggu..dan menunggu.

7.50 pagi..

Saya berborak dengan abang apam balik. Banyak benda yang dibualkan dalam masa yang makin terbuang itu.Tentang masalah merambo tapak pasar malam tapi peniaga indon sudah take over tapak. Bila ditanya tapak yang kosong di sebelah, mesti mereka jawab dah ada orang. Sebenarnya tapak itu telah di reserve kan awal-awal untuk sedara mara indon berniaga. Abang apam balik juga menyuruh saya membeli sebuah van untuk memudahkan berniaga bila saya maklumkan datang ke sini dengan kereta. Beli van terpakai pun jadilah.Tapi beli van terpakai juga menggunakan duit yang banyak. Kalau abang apam balik hulur barang seketul dua duit RM50 atau seratus pada saya, mungkin saya boleh mula menyimpan untuk membeli van.Tapi in your dreams lah.

8.00 pagi..

Abang apam balik sudah dapat tapak. Yang lain-lain juga sudah boleh susun barang niaga. Tinggal saya, peniaga penghalau serangga, kuih bakar dan penjual itik panggang. Kata abang urusetia dah tak boleh selit di tapak utama lagi.Sudah terlalu penuh. hari ini semua peniaga pasar tani datang berniaga. Pilihan terakhir, kami diletakkan di barisan baru. Di barisan belakang yang tidak strategik dan bukan laluan utama pengunjung pasar tani. Di depan gerai kami pula disempitkan pula dengan motorsikal yang parking di situ.Berniaga tetap diteruskan.Terpaksa.

8.05 pagi

Meja baru dibuka. Tinggal lagi meletak balang air serta menyusun apa yang patut.Tinggal lagi mengangkut barang-barang dari dalam bonet kereta.Tiba-tiba sekumpulan orang yang berpakaian kemas mengekori VIP muncul di gerai itik panggang. Di sebelah gerai saya. VIP yang berpangkat timbalan menteri (saya teka) bertanya itu ini pada peniaga itik panggang.VIP tersebut hanya lalu di depan meja gerai saya tanpa singgah. Belum siap lagi,belum boleh bagi VIP rasa jus-jus yang saya promosi dan jual.Tapi salah seorang escort VIP sempat menghadiahkan saguhati pada setiap gerai dan pada saya juga. Suratkhabar percuma!Bagus juga.. walaupun selalunya saya hanya baca akhbar itu di bahagian sukan sahaja. Abang urusetia turut tersengih-sengih mengiringi VIP dari satu gerai ke satu gerai. Jangan lupa selfie nanti dengan VIP!

10.00 pagi

Peniaga di gerai sebelah kiri saya sudah berkemas. Sales amat slowww hari ini berbanding biasa. Mood dah hilang untuk terus berniaga sampai tengahari. Untuk cover duit tapak pun belum lepas. Kata mereka. Saya tetap bertahan walaupun nasib lebih kurang serupa. Slow.

12.00 tgh

Secara rasminya pasar tani untuk hari ni dah tamat. Dah ramai yang mengemas dan licin jualan. Brader jual air balang banyak-banyak di barisan tengah tengah kira duit. Semua air dia jual dah habis. Musim kemarau bukan takat emapangan je kering.Manusia pun kering kontang dan cepat dahaga.Tapi brader ni lain macam sikit peel dia. Pagi tadi saya minta nombor driver lori ais pada brader ni. Dia bagi la nombor tu.

Tapi bila cakap saya jual jus, muka dia berubah. Muka ketat. Saya tak jual air yang sama macam brader la..Jangan takut. Rezeki masing-masing. Hari ini sales saya setakat balik modal walaupun feedback dari kastemer yang datang beli jus, semua kata ok dan sedap. Repeat buyers pun ada. Peniaga-peniaga di situ jugak. Air atau jus eksperimen 2014 saya ini memang boleh jual dan ada market. Bad luck saya hari ini adalah lokasi tapak promosi yang tak kena.  Laluan mati. Tak mengapa, ada beberapa tapak pasar tani lagi area selangor dan kl yang saya akan masuk. Dah dapat tapak pun. Minggu depan saya story lagi.

klik sini jika nak berniaga jus balang besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s