Tulis Tangan Kiri

Cara Buat Air Soya Guna Blender

Leave a comment

Lama betul tak buat air soya. Mana tidak, setiap kali nak berniaga air soya, orang lain yang tolong blend. Ajar sekali saja, terus pandai buat air soya sampai sekarang. Tapi itu la dia setiap benda mesti ada penamat. 2 bulan lepas budak yang rajin tolong saya blend air soya dah stop kerja. Dia sambung belajar semula. Bila berhenti, upah pun tak dapat la kan.Tapi harap-harap knowledge  buat air soya tu dia tak lupa. Mana tau, bila-bila dia free boleh buat part time jual air soya. Jual tepi jalan kampus dia pun boleh.

Haaa…jadi sekarang kena blend sendiri bila nak meniaga di mana-mana event.Tak boleh jadi boss besar lagi. So far sentuhan membuat air soya tu masih ada..Masih sedap dan dipuji pelanggan yang datang beli.Baguslah tu!

Cuma kali ni saya nak cerita pasal blender saja. Nak buat air soya kena ada blender. Atau mesin jus buah. Saya dari dulu tak pernah ada mesin jus buah.Yang selalu saya guna adalah blender. Selepas 3 buah blender rosak setakat ini (selalu pakai mesti la cepat rosak) cuma ada satu brand blender saja yang boleh dikira bagus dan sesuai untuk blend kacang soya yang keras tu.

Saya dah cuba 3 jenama blender yang berbeza,2 jenis paling cepat jahanam! Paling tak best, bila blend kacang soya saya terpaksa blend lebih lama. Makin banyak pakai karan. Off suis, tengok dalam blender masih ada kacang soya yang tak hancur.Kacang soya tu langsung tak lumat dan terjejas. Ada ilmu kebal ke hapa kacang soya ni?

So tak semua blender di dapur tuan-tuan tu boleh diguna untuk blend kacang soya. Kalau nak blend air soya setahun sekali, boleh la guna apa-apa jenis blender.Kalau nak pakai selalu, kena tau mana satu yang boleh bertahan dan diguna agak lama.Mesti tak sanggup kan nak tukar blender sebulan sekali angkara buat air soya?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, saya telah huraikan di dalam ebook bonus 2: Panduan A-Z Air Soya dan taufufah Original Resepi. Klik sini.

banner bab300x250

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s