Tulis Tangan Kiri

Tragedi Oktober

Leave a comment

Kawasan perumahan Kelompok Serindit AU3, Kolumpo.

Ahad..2pm,Bulan Oktober.

Ninja Ex5 aku sendawa kenyang. Baru sekejap tadi aku belanja motorsikal kesayangan aku itu minum di petrol pump Petronas.Ninja Ex5 aku tak reti memilih sangat. Dari lahir sampai sekarang dia cuma minum Ron 95 yang kata orang telah disubsidikan oleh kerajaan.Tak pernah lagi Ninja Ex5 aku buat hal dan mintak minum coca-cola, air paip bertapis teknologi nano atau jus acai beri. Dia takut mabuk dan sembelit kalau minum bukan-bukan. Jadi aku belanja dia minum 5 ringgit ron 95, kenyang boleh pergi seminggu juga.

Aku memecut dari stesen minyak itu dengan kelajuan yang perlahan.Tiada apa yang perlu dikejarkan sangat. Balik rumah masa-masa begini yang sedap cuma tidur. Atau menengok artis mana pulak kali ni kawin dalam program nona di tv. Seorang apek di laluan sikal berkeringat satu badan mengayuh basikal berkuasa bateri.Berjimat cermat betul apek itu.Cas bateri pun berkira. Ninja ex5 aku tak kasi can lalu memotong dengan garang apek dan basikal bateri  beliau makan asap 6 tiang.

Aku melepasi roundabout dan masuk ke jalan lurus dalam mood santai. Selepas hujung selekoh depan sana sampai la aku ke rumah. Di sebelah hala jalan satu lagi beberapa orang budak sekolah menengah sedang merempit tak tentu hala. Ekzos motor besar dan bunyi memekak berdesup melawan arah. Sekejap buat wheelie sekejap buat wikang lepas tu sorak ramai-ramai..tak ada wawasan dan teladan belia 4B contoh langsung. Pesen merempit runcit-runcit dengan motor abah masing-masing ni aku cukup tak berkenan. Emak-emak orang yang sedang berlonggok di situ juga menjeling tajam ke arah mereka dengan hati yang bara.

Aku teruskan perjalanan tanpa pedulikan aksi tiga suku kesemua mat rempit junior itu. Tiba-tiba motor aku hilang kawalan ketika membelok di selekoh. Cilakak betul! Ada pasir atas jalan ngam-ngam di selekoh situ. Ninja ex5 bergelimpangan di aspal jalan. Nyaris-nyaris aku dihempap Ninja Ex5 semasa cuba membalencingkan dia dan brek mengejut. Nasib baik aku pandai elak dan sempat beraksi lasak dengan berguling-guling di atas tar.Lutut dan siku aku juga luka-luka dan berdarah. Aku duduk memegang lutut yang tersagat dan pedih.Bila aku cuba berdiri, rasa gelap dan nampak bintang.Macam nak pitam. Aku duduk kembali atas jalan.

Emak-emak orang yang sedang berlonggok tadi berlari-lari datang dekat lalu bergilir-gilir memberi komen dan cakap main ikut sedap mulut mereka.Tanpa usul periksa.

“Rasakannnn! “

“Padan muka kau! “

“Merempit la lagi! Biar patah riuk! “

“Bila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata! “

Aku terus baring sambil buat-buat pengsan atas pasir jalanraya yang bersikap lepas tangan dan tak mahu bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa aku di bulan oktober ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s