Tulis Tangan Kiri

Sewangi Strawberi

Leave a comment

Sabtu malam Ahad…

Kolumpo mana pernah sunyi. Bandar yang tak reti tidur.Malam minggu begini penghuni kota sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tujuan. Rakan-rakan serumah aku juga sama. Selepas solat maghrib, semuanya sudah keluar berjimba-jimba. Spesies tak tengok buletin utama jam 8. Apa lagi nak ambil tahu ramalan kaji cuaca setempat. Aku pula malas untuk pergi ke mana-mana. Aku hanya mahu minum nescafe dan makan maggi kari sambil menonton siaran langsung bola sepak JDT vs Kelantan di peti televisyen.Aku cuma mahu membuang masa untuk diri sendiri sahaja.

Game Piala Malaysia Watson malam ini agak laju. Menarik juga. Cuma ada ketikanya dua-dua pasukan yang ramai pemain kebangsaan itu bermain seperti badut dan  tidak tahu bermain bola sepak. Seorang pemain tanduk clearkan bola tinggi, pihak lawan akan balas balik dengan tanduk bola lagi tinggi. Akhirnya bola melantun-lantun keluar padang. Kalau aku jadi coach, player-player yang skillnya tanduk bola tak tentu hala ni, aku paksa mereka bertukar profesion menjadi pemain catur atau dam aji. Tapi setakat separuh masa pertama, game agak best untuk aku layan. Lebih senonoh untuk ditengok berbanding konsert AF13 yang terkinja-kinja.

Trutt….trutt….truutt….Telefon Cokia 3310 di atas meja makan berbunyi.Tertera nombor yang aku tidak kenal.

“Hello…..” aku buat-buat suara semacho Hasbullah Awang untuk kelirukan pemanggil.

“Hello…err…sori, ini Rayyan kan? ” suara halus itu bertanya. Suara perempuan. Macam biasa dengar tapi tak mungkinlah dia yang call aku malam-malam. Orang lain agaknya.

“My god! So happy i tak salah nombor…U boleh tolong Jess tak?Please! Please!” Dia berkata dalam tutur yang sedikit cemas. Sahih Miss.Jessica yang call. Apa mimpi dia call aku malam-malam?

“Tolong apa Miss.Jessica? U kat mana ni? Suara u tak berapa clear laa” suara Jessica tenggelam timbul dengan bunyi hiruk pikuk kenderaan.Bunyi lori, motor dan kereta lalu lalang.Bunyi ungka pun ada.

“MRR2…tepi jalan after petrol pump yang ada mcD tu.”

“Tayar kereta Jess pancit ni … I dah call kawan for help tapi dia belum sampai. I takut sorang-sorang.” Jelas Jessica yang sedang panik.

“Tunggu situ… 5 minit lagi saya sampai” Aku tekan button letak pada handset. Terus capai helmet dan kunci grill pintu. Aku keluar rumah dengan laju dan tanpa toleh belakang.

5 minit  kemudian aku tiba di lokasi yang Jessica maksudkan kerana kelajuan motor ‘ninja’ ex5 aku boleh pergi berdesup hingga tahap Super Saiya. Jessy keluar dari keretanya bila nampak aku. Sebelah tayar belakang volkswagen golfnya kempis.

“Tools dengan tayar spare ada?” Tanya aku dengan gaya abang-abang pomen tanpa buang banyak masa. Jessica angguk dan buka bonet .Dia senyum. Mungkin lega dan rasa sedikit selamat dengan kehadiran aku di sini sekarang.

Dengan tangkas aku melonggarkan nat pada tayar yang pancit itu. Setelah 30 minit bertungkus lumus dan berpeluh-peluh, kerja menukar tayar kereta Jessica selesai dengan cemerlang. Kawan Jessica masih belum sampai.

“Thanks ….nah tisu! lap peluh u tu dulu….emmm,sori i susahkan u malam ni..soo sorry !” Sesal Jessica. Dia senyum tawar ketika hulurkan tisu.

“Tak ada hal la…rumah saya memang tak jauh pun dari sini.Kebetulan saya memang ada kat rumah.”

Kami berborak di tepi jalan seketika. 2-3 biji kereta membunyikan hon tanda cemburu melihat aku bersembang dengan amoi yang cantik  itu.Cahaya daripada lampu neon membantu aku melihat Jessica yang santai dengan jeans denim biru dan t-shirt putih sendat menampakkan susuk badannya yang langsing.Tubuhnya berbau wangi strawberi. Harum. Kata Jessica dia baru pulang dari parti harijadi anak buahnya di Taman Melati. Tak sangka pula kereta pancit di sini.

Jessica ajak aku minum di mana-mana gerai atau restoran mamak berhampiran.Dia bersungguh benar mahu belanja sebagai tanda terima kasih.Tapi aku tolak sopan.Mungkin lain kali.Aku sudah kotor dan berminyak-minyak.  Jessica mengalah dan akur.Dia beredar dari situ ketika hujan mulai rintik dengan senyuman paling manis dan mempersona.

Aku terus tercegat di situ lebih kurang 10 minit. Sengaja aku biarkan dia pergi dulu sampai betul-betul hilang dari pandangan mata.Sehingga wangi semerbak strawberi Jessica hilang di bawa angin. Kemudian barulah pelan-pelan aku redah hujan yang makin lebat sambil tercungap-cungap penat tolak motor ninja ex5 aku dari situ sampai ke rumah. Aku lupa isi minyak motor full tank! Dah kering kontang…. Dompet pun langsung tak ingat nak bawa semasa over excited dan meluru laju ketika keluar dari rumah awal-awal tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s