Tulis Tangan Kiri

Kerja Pejabat

Leave a comment

Jari jemari runcing aku leka menari-nari di atas papan kekunci. Butang huruf konsonan, huruf vokal dan sesekali butang nombor aku tekan dengan lincah dan saksama.  Kerja-kerja memasukkan data ke dalam sistem komputer bukanlah satu kerja yang boleh diambil mudah. Tiada masa sesaat pun untuk aku berkhayal tentang hot ke tidak  Nur Jannah dalam drama Teduhan Kasih. Kena fokus lebih. Pengalaman sekali ambil terus lulus Ujian Menaip untuk pekerja gomen dengan kederasan paling rendah 35 p.s.m suatu ketika dulu aku jadikan inspirasi dan motivasi pagi. Ujian menaip tu aku lulus cemerlang dan laju. Sikit lagi kamera AES nak dapat tangkap speed menaip aku yang berdesup.

Menjelang sejam, tinggi borang yang belum siap semakin rendah. Hanya tinggal suku lagi kerja-kerja memasukkan data ini akan selesai sepenuhnya. Aku menghela nafas lega. Komited dan padu juga aku dalam buat kerja. Lepas ni aku boleh goyang kaki semula.Tiba-tiba telefon ofis berbunyi.

“Dah siap?” Tanya Ms. Jessica tanpa ucap hello di awal perbualan telefon. Amoi  Melaka ni la yang supervise aku. Amoi yang incharge department kitorang ni ofis dia berada di level 15 . Aras bos-bos besar setiap jabatan. Kerja-kerja yang banyak ni pun dia yang serah kat aku. Kata beliau benda ni nak urgent. Semua benda pun dia cakap urgent, sebenarnya.

“Almost done, Ms. Jessica…tinggal lagi suku je. Setengah jam lagi siap la.” jawab aku konfiden.

“Good!  Nanti i ask Rahim pick up mana yang dah siap tu. U tak perlu hantar sendiri… I tau, u mesti penat,kan..  ” suara Ms. Jessica terdengar lembut di corong telefon. Nasib baik, Aku pun tak kuasa nak pergi ke level 15 tu sangat. Receptionist yang seksi dan bergetah di situ selalu cuba menggoda aku. Setakat kenyit mata tu memang selalu. Ajak aku teman dia makan pun pernah. Masalahnya, dia pondan.

“Ok! Datang la nanti. …Tak ada hal.” Ayat terakhir aku sebelum gagang telefon diletak. Aku sambung kembali kerja yang tertangguh dengan menyanyi perlahan bait lagu suci dalam debu. Sampai ke bahagian korus aku terlupa lirik.

45 minit kemudian Rahim datang ke meja aku. Rahim ambil semua borang yang Miss Jessica mahu. Seketika itu aku terasa tenang dan lapang kerana meja aku kembali kosong seperti padang pasir yang tandus. Kerja sudah beres. Aku seperti mahu menyanyi lagu kosong,kosong Najwa Latif tapi lagu tu pun aku tak tahu lirik.

Kedamaian di hati aku diragut 3 saat kemudian apabila Rahim tersengih-sengih menyusun borang-borang baru di atas meja aku menyamai tinggi bangunan Burj Khalifa. Meja aku kembali padat dan sesak dengan borang-borang yang tak pandai-pandai memasukkan data-datanya sendiri ke dalam sistem. Lemah betul kehidupan sehelai borang.Terselit di celah borang paling atas nota ringkas bertulisan tangan Miss Jessica yang berbunyi “Urgent ya,handsome!”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s