Tulis Tangan Kiri

Kerja Pejabat 2

Leave a comment

” Handsome, hari ni u tau kan ada 2 orang budak praktikal lapor diri di department u? ” Awal pagi lagi Miss Jessica dah call aku. Walaupun dia boss tapi bila communicate dengan aku, mesti dia bahasakan diri aku ni ‘ handsome ‘. Aku tak marah dan langsung tak melarang. Mungkin dia terpesona dengan gaya rambut mohawk Cristiano Ronaldo aku ini. Sentiasa kemas dan rapi dengan gel yang pekat melekat.

” Of course la saya tau..Miss Jessica dah brief pada kami pasal diorang tu masa meeting minggu lepas,” aku jawab telefon tu sambil duduk atas meja dan kaki berjuntai ke bawah. Bila di posisi begitu aku rasa selesa dan terasa seperti ofis itu abah aku yang punya.

” So sebab u senior, i nak u ajar diorang tu everything…. Make them cepat catch up dengan kerja-kerja kita. I nak dalam 2 weeks budak-budak praktikal tu dah mahir dengan kerja dan boleh take over kerja u after that, boleh kan handsome? ” demand Miss Jessica panjang. Tapi dia memang boleh harapkan aku.

*************

Pagi tu aku menerima kedatangan 2 pelajar prempuan dari IPT awam untuk berpraktikal di sini dengan senyum lebar dan tangan terbuka. Selepas selesai sesi suai kenal lebih kurang dengan semua ofis mate yang ada di jabatan, aku mengarahkan mereka duduk tak jauh daripada kubikel aku. Ada 2 meja kosong yang lengkap dengan komputer untuk bekerja di situ. Borang dan kerja-kerja memasukkan data yang semalam disusun setinggi  Burj Khalifa di atas meja aku agihkan sama rata kepada 2 orang budak praktikal yang comel itu. Aku tak tolong dan cuma pantau mana yang patut.

Aku yakin dekat-dekat tengahari nanti, budak berdua ni akan pandai buat kerja dan boleh take over kerja aku seperti mana yang Miss Jessica harapkan. Paling penting meja aku akan kembali lapang seperti padang pasir yang tandus dan boleh goyang kaki 2 bulan. Seronok juga bila jadi mandur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s