Tulis Tangan Kiri

Kanopi Bazar Ramadan

2 Comments

 Dah beli kanopi untuk berniaga bazar ramadan?

kalau sudah, simpan di tempat selamat dulu,belum tiba masa lagi untuk digunakan.Pada yang belum sempat beli pun tak apa.Harga kanopi tetap sama.Tak turun, tak naik tapi kemungkinan stok kanopi habis bila tiba ramadan tetap ada…bergantung kepada tokey kanopi order stok banyak atau sikit.

Kanopi anda sudah rosak?Kain kanopi dah bocor dan berlubang-lubang, tiang-tiang dah bengkok dan besi palang kanopi dah terkulai patah?

banner bab728x90

Usah susah hati. Tak perlu beli kanopi baru jika rosak tak terlalu teruk. Nak keluar duit beli kanopi baru pun guna modal ratus-ratus juga tu…nasihat saya, ganti saja part-part yang rosak. Lebih jimat.

Kain/khemah kanopi boleh dibeli berasingan.Harga sekitar RM60-70 untuk saiz 10 X 10.Besi palang yang patah-harga spare partnya RM7-RM9. Biasanya jika kanopi rosak 2 bahagian ini yang selalu terjejas-mudah koyak dan patah.

Punca utama kanopi tersebut rosak ialah kerana ia dibiarkan berpanas-berhujan dan dibelai-belai angin selama 30 hari. Amalan lazim peniaga bazar ramadan, kanopi hanya akan ditutup dan direndahkan sedikit selepas habis berniaga. Esoknya buka semula kanopi berkenaan.Sepanjang ramadan,kan?

Jarang-jarang kita lihat peniaga yang sayangkan kanopinya daripada rosak dan patah sanggup buka-tutup-simpan di rumah dan esoknnya pikul kanopi-buka dan pasang semula.Selama 30 hari.Tindakan tersebut memang boleh selamatkan kanopi dari rosak dan patah, tapi bimbang di penghujung puasa pemilik kanopi yang bakal patah pinggang dan terkehel bahu.Kanopi itu beratnya boleh tahan!  Melainkan beliau adalah seorang Robocop… Atau man of Steel..Atau Iron Man 3.

Klik sini jika mahu berniaga bazar ramadan tanpa susah-susah bawa kanopi yang berat tu!

2 thoughts on “Kanopi Bazar Ramadan

  1. Bro.. nak tanya kat mana bleh beli kain kanopi nih.. hat saya punya dah rosak.. tq..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s