Tulis Tangan Kiri

Peniaga Gulai Kawah Yang Malu-Malu

Leave a comment

Tiap-tiap tahun di mana-mana bazar ramadan akan muncul muka-muka peniaga baru.Semua semangat nak bergelar usahawan dan berniaga di bulan ramadan. Kanopi, payung bulat, kerusi dan meja semua nampak baru dan cantik-cantik.. masih kuat bau kedai hardware. Silap-silap price tag pun lupa nak buang. Semangat punya pasal!

Sama la dengan seorang peniaga gulai kawah yang malu-malu ni.Hari pertama dalam pukul 4pm dia (perempuan) dengan adiknya (prempuan juga) datang buka gerai. Barang tak banyak-kuali gulai kawah, dapur, tong gas, meja 4 segi dan payung pasar malam bulat. Eh, banyak juga tu kan? tapi muat la kereta kancil yang kakak ni bawa.

Seperti biasa-nak pasang dan buka payung kakak ni sedikit terkial-kial.Maybe sebab payung tu berat sikit..Kederat orang perempuan. Maybe juga itu first time dia pegang dan buka payung ketika hari panas terik. Tapi she did it!..dengan bantuan adiknya (muka lebih kurang..so saya andaikan adik beradik la).

Then the 2 sisters ni pun prepare everything sampai siap, gulai kawah pun masuk kuali-api dapur dinyalakan sementara tunggu pelanggan datang. Biasanya di sini around 5.30pm baru berduyun-duyun orang singgah. 2 sisters ni terus menunggu…dan menunggu.

But tak ramai yang singgah ke gerai mereka. Maybe first day tu jualan mereka tak habis. Saya tak perasan sebab dah busy.Tapi 2 sisters ni selepas beberapa hari terus stop berniaga.Yang ni saya dan peniaga lain perasan.

Actually kakak ni masa mula-mula setup gerai pun dia dah malu-malu.Ketika kami pacak gerai tu rapat-rapat dan memanjang tepi jalan, dia pacak gerai jauh dari kami yang ramai ni.Space ada banyak, dia berniaga di seberang jalan. Sorang-sorang!(Berdua la kan, kalau secara matematiknya kita kira adiknya sekali). Walaupun dipelawa gerai dia tu parking di sebelah, dia tolak dengan malu-malu. Agaknya dengan kastemer dia lagi malu-malu.

So utk newbie, niaga bulan puasa kalau boleh buang sifat pemalu tu sekejap. Berkawan dengan peniaga sebelah-menyebelah. Banyak faedah, rezeki pun murah masa berbuka.

Klik sini untuk lebih tip berniaga di puasa.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s