Tulis Tangan Kiri

Tak Sampai 2 Bulan

Leave a comment

Pasti ketika ini ramai yang sedang berkira-kira untuk berniaga di bulan ramadhan nanti. Saya juga yakin ramai yang tengah sedap mencongak-congak untung yang bakal diraih di bulan penuh berkat kelak.Tapi sedarkah kita, masa makin suntuk. Kalau lihat kalendar betul-betul, ramadhan akan tiba tak sampai 2 bulan saja lagi.Sepatutnya skrg ini kita sudah buat persediaan.Jangan tunggu minit-minit akhir dan bercadang nak potong tang corner kalau tak kena gaya.

Sekurang-kurangnya waktu ini kita dah ada benda apa yang nak dijual nanti. Jika pandai masak mee kari dan satu kampung puji mee kari yang kita masak itu sedap, maka fokus dengan menjual mee kari. Kalau expert membuat laksa penang, itulah yang patut anda jual.Kalau anda cuma reti makan, teruskan jadi pembeli.

Ada juga segelintir tu yang terror masak semua resipi di dunia (mungkin dia keturunan tukang masak diraja) tapi still tak boleh decide apa yang nak diniagakan.Sebabnya pada dia semua masakannya taraf 5 bintang.How to choose?

Last-last tinggal 3-4 hari nak puasa baru tersedar dari lamunan.Terus buat keputusan drastik, jual air balang lagi mudah! Sebab itu situasi biasa yang kita nampak di mana-mana bazar ramadhan, penjual air paling ramai. Sebahagian daripada mereka ini bukan masak tak sedap atau tak ada darah chef mengalir di dalam badan, tapi tak bersedia awal-awal utk berniaga. Rome wasn’t build in a day, right?

Bersediakah anda bersaing dengan kehadiran ramai penjual air newcomers? Untuk ketahui dengan lebih advanced dan mantap tip-tip berniaga air di bulan puasa, klik sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s