Tulis Tangan Kiri

Bungkus air ikat tepi

Leave a comment

‘Air jagung satu…nak manis lebih ‘.

Pinta pelanggan pertama saya hari itu. First kastemer yang muncul selepas 10 minit gerai dibuka. First kastemer untuk hari pertama puasa. Cuaca panas membahang tetapi rezeki saya nampaknya murah.

‘ Ok ‘ respon saya ringkas.

Balang air jagung yang kanan sekali saya ceduk dan kacau rata-rata. Pelanggan di depan saya meneguk air liur semasa melihat ais kiub dan air berwarna kuning itu berkocak-kocak di dalam balang.

‘ Lagi satu air honey dew, ya bang! ‘ Order ekstra menyusul. Juga dari pelanggan yang sama.

‘ Oraittt…siap! ‘  jawab saya laju-laju.

‘ Errr bang, bungkus ikat tepi! Bungkus ikat tepi! ‘ dia segera memprotes bila melihat saya cuba ikat mati plastik air  yang diminta. Saya akur.

‘ 4 ringgit…puasa tak ni? ‘ soal saya perlahan-lahan.

‘ Puasa bang, puasa! Air ni nak minum berbuka karang. Standby awal-awal senang. ‘ Budak lelaki yang saya agak berusia 11 atau 12 tahun itu tersengih-sengih dan tunduk ke bumi ketika membuat bayaran.

Satu bungkus air honey dew ikat tepi disangkutkan pada handle basikal sebelah kiri. Sebungkus air jagung yang turut diikat tepi disangkutkan pula di sebelah kanan handle basikal. Dia mengayuh basikal pergi selaju The Pocket Rocket Man-Azizulhasni Awang  berlumba di Olimpik London. Saya syak hujung lorong yang sunyi  di depan sana akan jadi penamat kayuhan bertenaga beliau….Dan medal  yang akan dia menang adalah 2 bungkus air ikat tepi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s