Tulis Tangan Kiri

Umur Panjang

Leave a comment

‘Tak sedap betul tekak bila hisap rokok daun ni…rasa pahit’ ujar seorang tua yang tiba-tiba muncul di sebelah aku. Di tangannya ada segulung rokok daun yang masih belum bernyala dan sekotak mancis.

‘Nah, ambil rokok Dunhill saya ni pakcik, tapi sebatang je la’ Offer aku yang cepat faham niat sebenar di hati pakcik tua itu sinonim dengan pantun glamer ‘ayam berkokok di atas batang, bak mai rokok sebatang’.

Aku hembus asap rokok bulat-bulat ke udara sambil hulur kotak rokok yang masih penuh berisi.Pakcik itu aku pandang sipi-sipi saja.Selalunya bukan setakat bentuk bulat yang mampu aku buat. Aku juga boleh pergi jauh dan berkebolehan mereka bentuk burung swan sedang mandi, kapal terbang pejuang bertempur di angkasa, anak platypus  bermain di tepi kali dan juga mermaid liar memakan kolagen.Semuanya guna teknik asap rokok. Gaya asap paling sempurna pernah aku buat adalah ‘rusa minum’.Teknik yang paling sukar itu memerlukan aku kosentret hembus asap ikut lubang hidung.Nafas perlu ditarik serentak selama 6 saat.Kalau lebih, rusa bertukar jadi hamster.Kalau terkurang sesaat pula, tanduk rusa tak akan menjadi. Itu teknik paling masterpiece. Aku malas tunjuk skill lebih-lebih. Bimbang pakcik tu iri hati.

‘Syukur pada Tuhan!…biasanya saya ada rokok, tapi pagi ni dah habis pulak,’ Ayat Pakcik tua kurus melidi cuba cover line.

‘Tadi doktor ambik darah saya..Nasib baik keputusan ujian darah semuanya ok..Tapi itu la, tak larat juga bila selalu kena ambik darah.’ Sembang pakcik tua itu membuka bicara. Di back handnya ada beberapa kesan lama dicucuk jarum. Di lengannya juga ada banyak kesan hitam tusukan jarum sampai ke paras siku.. Aku angguk-angguk tanda caring.Kesian!Pakcik ni aku syak doktor diagnosis dia sebagai suspek denggi.

‘Sekarang ubat dah macam-macam.Tak macam dulu.Makin moden, doktor makin pandai. Kalau ikutkan 6 tahun lepas doktor ramal saya ni dah mati!Tapi sekarang umur dah 67,saya steady lagi.Umur saya masih panjang….Saya tak pernah lupa makan ubat yang doktor bagi..Syukur pada Tuhan!’ Tutur pakcik tua makin panjang. Dia seperti termengah-mengah ketika bercakap.Di tepi bibirnya keluar sedikit air liur yang berbuih-buih kecil.

‘Pakcik sakit apa?’ tanya aku hairan.Puntung rokok yang sudah tinggal bara aku jentik laju-laju ke jalan besar.Sebuah lori simen yang bergerak laju melenyek-lenyek puntung rokok tanpa belas kasihan.Serta merta riwayat puntung rokok itu terpadam.

‘HIV AIDS!…Syukur pada Tuhan!’ kata pakcik itu perlahan-lahan.

Dia duduk mencangkung. Matanya yang cengkung merenung jauh. Mungkin terkenang kisah dan dosa lampau. Air liur di bibir yang makin kerap keluar tiap kali dia bercakap, dilap dengan sehelai sapu tangan. Sesekali dia batuk kuat-kuat.Batuk melengking.

Dan aku terus beredar pergi dari situ serta merta kerana baru teringat kuda padi di rumah belum dibelikan sarapan pagi lagi. Aku sempat perhatikan pakcik itu terus menerus ligat bersembang. Kali ini sorang-sorang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s