Tulis Tangan Kiri

Peluang Di Depan Mata

Leave a comment

Mana lagi lokasi lumayan atau heaven untuk peniaga baru test bakat keusahawanan mereka tanpa banyak songeh birokrasi? Tanpa isi borang itu ini?…

Ada…mesti ada kalau rajin mencari…

Tak perlu pergi jauh-jauh sebenarnya.Mari kita back to school, will you?..

Selain daripada sukan sekolah, aktiviti outdoor yang turut ditunggu-tunggu oleh sesetengah pelajar ialah pertandingan kawad kaki. Nama pun pertandingan, semestinya ia disertai oleh banyak sekolah di dalam sebuah daerah. Jadi tempat nak bertanding biasanya kena lapang dan luas seperti di padang kawad polis, bomba atau penjara.Ini lokasi terkawal dan peluang nak buat bisnes agak tertutup melainkan di offer oleh orang yang kita kenal.

Ada juga pertandingan kawad kaki yang dibuat di tempat public dan terbuka.Tahun lepas pernah nampak di pejabat pelajaran daerah hulu langat ada satu battle kawad kaki budak-budak sekolah. Space berkawad cuma depan pejabat tu saja.Tak besar mana.Di situ la budak-budak berkumpul, di situ jugak la mereka menghentak kaki secara berjamaah. Masih dalam kawasan pejabat PPDH.

Bila budak-budak ni penat, lapar dan dahaga semasa atau selepas berkawad, mereka terpaksa pergi ke Tesco. Lokasi Tesco Kajang ni tak jauh sangat. Kawasan situ-situ juga. Kesempatan dan peluang baik tak elok disia-sia just like that.

Maka muncullah secara tiba-tiba beberapa gerai air,keropok lekor dan pisang goreng di luar pagar lokasi kawad menawarkan pilihan membeli dengan lebih dekat kepada kumpulan pelajar-pelajar ‘Sekali Berpengakap Akan Selamanya Berpengakap’ yang sedang tekun berkawad.

Tepuk Pengakap sama-sama to peniaga yang nampak peluang di depan mata!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s