Tulis Tangan Kiri

Kelemahan Seorang Rambo Pasar Malam

1 Comment

Aku kenal Adam Mukhriz masa sama-sama tunggu turn berurusan di kaunter MPKJ. Jabatan perlesenan MPKJ di tingkat 1 tu kecik je. Kerusi menunggu ada dalam 3-4 baris.Kalau datang awal pagi, baring kuak lentang atas kerusi tu pun boleh sebab orang tak ramai.Staff yang jaga kaunter pun kadang-kadang belum ada walaupun masa dah time.Tapi menjelang tengahari, selalunya memang ramai orang. Boleh lari alignment lutut kalau tunggu sambil berdiri. Kerusi selalu penuh.

Adam Mukhriz seorang belia muda yang kacak.Tapi dia bukan pilot mana-mana syarikat penerbangan macam hero drama tu. Naik kapal terbang pun aku yakin dia belum pernah merasa. Dia cuma berniaga pasar malam di merata-rata tempat dalam kajang. Selalunya dia berniaga solo, kadang-kadang berduet dengan wife dia. Iyeeee…. Adam Mukhriz dah kahwin…sorry gegirl semua.

Selama 7 hari seminggu Adam Mukhriz berniaga tak ada cuti walau sehari. Sebabnya dia berniaga pasar malam fulltime. Boleh saja nak cuti ikut suka tapi income tak ada. Adam Mukhriz bukan macam tu. Dia peniaga selipar kanak-kanak yang propesional tak agak-agak. Selipar budak macam angry bird, ben 10 dan so on.

Adam Mukhriz datang ke MPKJ dah kali yang ke 3. Semata-mata nak mohon lesen pasar malam. Kali pertama dan kedua datang, dia disuruh datang lagi. Tak setel-setel jugak urusan. Ada saja yang tak kena. Alasan biasa  ‘dah penuh’. Jadi itu kali ke 3 dia cuba nasib.

Aku tanya Adam Mukhriz mengapa masih tak putus asa menerai lesen pasar malam. Susah sangat kita boleh rambo…Macam selalu. Adam Mukhriz sebagai seorang yang dah agak veteran dalam arena rambo-merambo jawab dia tahu rambo tu kerja mudah.Tapi rambo pasar malam tak boleh apply loan Tekun dan lain-lain pinjaman untuk bantu usahawan kecil-kecilan. Semuanya perlukan lesen. Itulah kelemahan taktikal yang paling membinasakan bagi seorang rambo pasar malam yang sentiasa terpaksa berperang.

One thought on “Kelemahan Seorang Rambo Pasar Malam

  1. ya… rambo merambo ni amat payah…. nak dapat lesen lagilah susah… sudah ragam dunia… merambo dengan jual selipar ok lagi… merambo jual air? Ada tapak kosong boleh la masuk… takde tapak kosong? dudukla kat hujung dunia sorang2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s