Tulis Tangan Kiri

Lesen Pasar Malam

1 Comment

Nak berniaga pasar malam cukup mudah, ada saja ruang kosong di celah-celah peniaga-peniaga permanent anda boleh menyelit.Pacak saja kanopi di situ. Sudah tentu la sebelum  itu kena tanya dulu. Pastikan betul-betul kosong atau peniaga pasar malam di tapak berkenaan memang tak berniaga pada hari tersebut.Ini namanya teknik rambo pasar malam.

Tapi sampai bila nak main rambo saja di pasar-pasar malam. Rambo ni ikut nasib.Siapa cepat dia dapat la tapak pasar malam. Bila dah lama berniaga mesti kita ada simpan hajat, satu hari nanti kita akan dapat tapak permanent atau lesen pasar malam. Barulah boleh berniaga dengan aman.Tak perlu berebut tapak dengan rambo-rambo lain.Bukan kita sorang je yang nak rambo, kadang-kadang 1 Batalion Rambo pasar malam standby tunggu peluang yang sama.This is war babeh!

Bagaimana cara nak minta lesen pasar malam?

Aku bagi satu cara dulu dalam post ni…

1. Pergi ke Majlis Daerah/PBT masing-masing. Kena datang sendiri. Miskol atau koling-koling pejabat PBT ni aku tak galakkan. Sebab utama kena datang sendiri adalah untuk ambil borang lesen pasar malam tu (melainkan borang boleh di download dalam website).

2. Then kerani perempuan yang jaga kaunter tapi suka berborak dengan kawan kaunter sebelah pasal betapa hensemnya si pilot Adam Mukhriz dalam Adam dan Hawa akan eksplen ala kadar apa yang perlu diisi dalam borang tu.Takpe…korang pun dengar ala kadar jugak la.

3. Tanya kerani tu mana tapak pasar malam kosong yang dibawah anjuran PBT. Biasanya dia akan suruh kita tengok sendiri di papan kenyataan di situ. Kalau kerani tu maklumkan pada kita ada beberapa tapak yang kosong di 2-3 lokasi pasar malam, take note dulu. Jangan gelojoh dan terus setuju nak apply lesen di tapak tersebut untuk berniaga. Balik rumah dulu dan ucapkan terima kasih sambil kenyit mata pada kerani itu jika dia masih single dan hot.

4.  Survey tapak pasar malam yang dimaksudkan. Perhatikan siapa yang berniaga di situ.Ramai tak peniaga melayu? Berapa ramai peniaga Indonesia? Berapa ramai pula pengunjung tempatan yang datang atau  ia hanya sekadar port Bangladesh berkumpul beramai-ramai di hujung minggu.Semua tu kena ambil kira sebelum ambil keputusan muktamad.

5. Dah cukup puas hati dan yakin boleh dapat untung di situ? Lengkapkan borang dan  tulis tapak pasar malam mana yang anda mahu.Serahkan semula borang yang lengkap di kaunter. Tunggu sekejap sementara kerani tu teliti borang dan dokumen satu persatu.

6. Kemudian kerani itu akan maklumkan jawapan yang ditunggu-tunggu lebih kurang begini:

  • ‘Encik bayar lesen pasar malam ni di kaunter pembayaran ya’….-Maksudnya confirm lesen pasar malam anda dah lulus.Gudjob! ATAU
  • Tapak ni dah penuh.Baru 3 saat tadi ada seorang  perempuan IC Malaysia tapi bunyi cakap  macam orang Sumatera Barat apply untuk niaga bakso Solo.’…-Maksudnya bukan rejeki anda.Berhijrah ke Indonesia dan cuba apply lesen pasar malam di sana mana tau dapat. ATAU
  • ‘Datang minggu/bulan depan, sekarang kita tengah bekukan sementara permohonan lesen pasar malam. Kita nak struktur semula semua pasar malam bawah kita.’ ….-Maksudnya KIV…tapi masa kita datang sebelum ni tak ada cakap pun apa-apa pasal beku.Konfius?Jangan buang masa……maki secukup rasa!

One thought on “Lesen Pasar Malam

  1. Masa aku apply dulu… lupa nak maki kerani tu…. huhuhu… aku ni lurus sangat kot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s