Tulis Tangan Kiri

Kesesatan

1 Comment

“Abang Long suruh ko dtg rmh dia.Gerak skali.Konvoi sama2”

Skrin handset saya tenung seimbas lalu. Nak jawab ke tak nak ni? Tak tahu ke sekarang ni  di kaca tv Harry Potter sedang berentap dengan Voldermort habis-habisan.Power betul tongkat sakti tu. Mesti guna bateri AAA. Karen dia kuat tangkap.

“Cptla… smua org tggu ko ni. Abg Long dh bising”

Sms kedua masuk 10 minit kemudian.

Betul-betul masa kawan Harry Potter cantas ular Horcrux dengan pedang. Emosi saya sedikit kacau.Mengapa ular tu boleh kena kerat dengan pedang berkuasa sakti…Pakai buluh runcing yang dijampi oleh semua profesor di sekolah jampi itu tak boleh ke?

“Takpe aaa…mls nk tggu ko dh. Esk je jpa kat kmpg. Bwkla  pelam muda tu byk skt ekkk…hihi…bye”

Ringkas bunyi sms terakhir itu.

Harry Potter menang bergaya.Yang baik pasti menang melawan kebatilan.Tak kiralah cerita sinetron atau omputih.Hindustan lagi la…Ending sama semuanya. Saya capai hanset tepi bantal. Dah dekat pukul 12 malam rupanya.

“Sorry,Rumah sy xde pokok pelam,abg long pun sy xde.U salah nombor ni”

Saya reply semula sms sesat itu lalu masuk tidur dan berharap malam ini giliran Rozita Che Wan muncul dalam mimpi indah saya. Malam semalam Aishwarya Rai sebelum dia gemuk yang muncul. Saya pasrah.

One thought on “Kesesatan

  1. takder update citer baru pasal niaga ker… :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s