Tulis Tangan Kiri

Membeli Televisyen Skrin Rata

2 Comments

I remember back in the day when my tv dah nak mula rosak. That time tivi-tivi di Malaysia ini saiz semua besar-besar gedabak. Berat macam anak gajah, kalau nak alih atau angkat tv ke tempat lain memang merana. Sengsara pinggang. Aku pernah tengok abang lori yang hantar tv baru 29 inci ke rumah jiran aku tercungap-cungap bila sampai depan pintu. Suara dah keluar suara itik.Peluh menitis macam baru lepas mandi shower. Dia pikul tv tu sorang-sorang dari bawah sampai atas…Tak tinggi.Tingkat 2 je.Lif tak ada. Perkasa? Bela hantu raya maybe.

My tv yang dah nak rosak tu pun sama kategori heavyweight…29 inci dan of course datangnya dari negara penggemar K-Pop dan Gangnam Style…TV Korea.Cap apa tak payah cerita la. Rosak tak banyak sebenarnya…warna malap sikit, suara tenggelam timbul. Sekejap kuat, sekejap perlahan…rosak la tu,agaknya.  So macam mana aku nak dengar suara Pang Chin Fei  masa Buletin Utama on air? Macam mana aku nak nampak lipstik dia kaler pink atau merah, kalau tv warna malap?

Aku decide, better beli tiwi baru.Yang lebih up to date. Yang lama ni nanti boleh dijadikan akuarium ikan sepat. Sebab that time jugak la, fesyen-fesyen tv yang nipis-nipis mula merasuk umat manusia.Orang Malaysia pun tak terkecuali.Tv Plasma, LED, LCD- besar-besar tapi nipis-nipis dan ringan mula berada di pasaran. Memang superb…Dalam paper pulak aku terpandang ada satu iklan promosi istimewa tv. Sangat murah! Kalau tak beli memang rugi.

Jadi aku pergi survey ke gedung barangan elektrik yang diiklankan tu…Pang Chin Fei punya pasal, tak kisah.

“Brader…mana tv Samsung LCD 43 inci macam dalam gambar ni?” kata aku sambil tunjuk paper Metro pada seorang pekerja Kedai Kourt Maut.

“Oh, tu….sebelah TV Sony.Barang panas baru sampai ni, bang. Ramai kastemer beli tv ni.Meh, saya cerita detail kat abang,” terang pekerja Kourt Maut itu.Komisen dah terbayang dalam kepala kalau berjaya jual satu lagi tv skrin rata yang mahal.

Then pekerja Kourt Maut cerita panjang-panjang.Remote ditekan alih chanel itu ini, tunjuk function dan kehebatan tv tersebut.Aku tak dengar sangat, sebab benda tu semua boleh belajar sendiri kat rumah.Buku manual pun ada. Aku cuma angguk-angguk, ambil hati dia yang tak penat cakap sorang-sorang.

“Ok..ok..stop dik. Saya nak beli.Harga promosi tv tu… 1.5k, kan?Macam iklan dalam paper hari ni?” Aku tanya lagi.Paper yang berstatus nombor 1 dibaca oleh rakyat Malaysia aku tunjukkan pada dia.Iklan di front page.

“Betul bang…tapi itu harga cash… Better abang beli hutang,” hasut pekerja kourt maut separa berbisik.

“Why?”

‘2 Bulan tak perlu bayar (ambil dulu bayar kemudian)’

‘Ada free gift yang hebat (tapi bergantung pada stok)..’

‘Bayaran bulanan yang rendah….Boleh hutang sampai 5 tahun!!’

“Fine…saya tak nak hutang.Saya nak beli cash,so camne?” tanya aku supaya dia tak terus menerus membebel entah apa.

“Owwwhh…beli cash susah sikit bang,delivery selepas 2 minggu.Stok tv tu pun tak ada sekarang.”

“Laaa…baru tadi cakap ada stok?”

“Yang tu saya cakap untuk stok tv bayar bulan-bulan.Kalau beli hutang, dalam masa 3 hari pun kami dah hantar.Itu la pasal saya cadangkan abang beli tv tu by ansuran.”

“So tak boleh beli cash la ni?”

“Beli boleh…tapi lambat la dapat.Tak tahu bila,” kata pekerja Kourt Maut itu sebelum dia beredar lalu mengekori pasangan suami isteri yang baru masuk ke kedai. Komisen…Komisen.

See that?

Polisi karut Kourt Maut or pekerja dia yang memandai.So ,aku tak jadi beli. Aku keluar dari gedung besar tu, start motor dan kemudiannya singgah di kedai mamak.Bengang punya pasal, aku order roti telur bawang dan segelas teh tarik sambil bersahaja menonton Pang Chin Fei di tv projektor gergasi..Meja paling depan. Jangan cemburu.

2 thoughts on “Membeli Televisyen Skrin Rata

  1. Assalamualaikum.
    Tuan, ebook tu masih dijual? Saya nak beli…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s