Tulis Tangan Kiri

Neelofa Pantang Minum Air Kelapa Muda

Leave a comment

“Mama…mama!Nak air tu!Nak air tu!” jerit Neelofa pada mamanya.Tangan mamanya ditarik-tarik ke gerai air kelapa yang dijaga pemuda kurus tinggi. Si mama menurut langkah anaknya walau terpaksa. Hajat si mama untuk ke gerai nasi ayam paling power di situ terbantut sekejap.

“Lofa nak air tu…air kelapa muda.” pinta Neelofa.Matanya bersinar penuh harapan.Tekaknya dahaga.Penat berlari-lari ke sana ke sini sebentar tadi walau mamanya puas melarang.

“Dik, air kelapa muda satu…isi dalam cup ye, cucuk straw terus, tak payah plastik.” Order Mama Neelofa. Kebetulan, tak ada kastemer lain di gerai air kelapa itu.Tak perlu beratur panjang-panjang macam nak masuk tandas awam di waktu puncak.

” Siap kak….” tutur pemuda kurus tinggi. Air kelapa muda diserah kepada Neelofa. Dengan satu nafas, Neelofa sedut air kelapa muda di dalam cup itu.Tinggal separuh.Neelofa senyum gembira.Dia mengah tetapi puas.

“Berapa ye?” Ibu Neelofa bertanya sambil keluarkan RM1 dan beberapa keping duit syiling dari dompet.

“Air kelapa muda tiga ringgit satu cup ye,kak….” balas pemuda kurus tinggi yakin. Jari ditunjuk kepada senarai harga yang terpampang di sudut kanan gerai.Kecil dan perlukan kanta pembesar untuk dilihat.

Sejak insiden itu Neelofa dan mamanya  tidak lagi singgah ke gerai air kelapa muda  berkenaan yang rasanya biasa-biasa saja tapi jual mahal bagai nak beli mutiara. Baik beli air coklat yang ada bubble tu…Tak pun aiskrim mat kool kawanku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s