Tulis Tangan Kiri

Air Tebu Untuk Orang Asia

Leave a comment

“Awal turun hari ni, bang?” soal saya pada Abang Farid yang sedang kupas sebiji kelapa muda.

“Tu la dia…tengok cuaca molek..panas,kita pun semangat nak bukak gerai awal.” jawab Abang Farid.Air kelapa muda dari kelapa yang baru dikupas tadi dicurahkan ke dalam balang.Abang Farid capai sebiji kelapa muda lagi di dalam guni.Zassss!…Zasss!Abang Farid menetak kelapa muda itu dengan tangan kosong tanpa simpati.

Gerai Abang Farid jarak selang sebuah dari gerai saya.Time orang busy prepare itu ini,saya memang suka datang mengacau. Selain air tebu, air kelapa muda di gerai Abang Farid kerap sold out.Dia dan isteri turut menjual cempedak goreng.Tak banyak.Bukan setiap hari.Ikut stok mana yang ada.Bau wangi cempedak goreng time puasa-puasa begini memang tak agak-agak.Meleleh tak ingat!

Selepas berborak lebih kurang pasal cuaca, semalam makan sahur dah nak masuk imsak, baju raya dah beli ke belum, balik kampung mana tahun ni dan tayar kereta pancit kena paku- saya balik semula ke tapak niaga.Banyak topik borak dapat cover masa tu.Hal-hal kenegaraan tak sempat nak debat dan bincangkan. Kastemer dah makin ramai. Abang Farid pula sibuk membetulkan kedudukan 3 batang tebu hiasan yang diikat di depan gerainya.

2 orang pemuda tampan dari Bangladesh datang berjalan kaki ke gerai saya. Bangla yang berkumis nipis menengok-nengok air yang tersusun di atas meja. Ada 8 jenis air yang power-power.Dia mesti tak tahu nak beli yang mana satu.Susah nak buat pilihan.

“Air jagung…air apa tu, abang?” bangla berkumis nipis berkerut-kerut dahi masa bertanya.

“aaaa…air jagung la,”susah saya nak eksplain.Soalan mencabar minda.

“Tak apa….tak apa…Itu kawan saya baru mari sini.Baru kerja sini. Tak tau banyak.. Itu air kulapa ada ka,abang? ” Bangla kedua yang mirip-mirip Shah Rukh Khan bersuara yakin.

“Tu…pergi gerai sebelah ya..Abang tu ada jual air kelapa muda,” saya memuncungkan mulut ke arah gerai abang Farid.Kiut miut jugak sekali sekala berperangai begitu.

“Sana air tebu pun ada, kan abang? ” Shah Rukh Khan ceria bertanya.

banner bab468x60

“Ada..ada…pergi tanya brader yang jual tu. Air jampi pun ada…Ko mintak je dengan brader tu,” lawak saya.Malangnya bangla-bangla tersebut tak ketawa sikit pun. Sengih pun tidak. Nampak sangat bila perut lapar, prestasi melawak saya menurun.

Bangla-bangla berkenaan terus ke gerai Abang Farid.Saya sempat perhatikan abang Farid terkial-kial nak melayan mereka. Entah apa pula yang mereka nak. Saya tak sempat busy body.Kastemer makin ramai.Macam semut.

Beberapa detik kemudian, 2 orang bangla berjalan penuh bergaya melintasi gerai saya. Bukan setakat air kelapa muda yang mereka beli, 3 batang tebu display yang menjadi penyeri di depan gerai abang Farid turut dipikul bersama.

Esoknya  Abang Farid meletakkan sepohon kelapa muda tinggi 4 meter bagi menggantikan landmark yang telah tiada dan menaikkan lagi seri gerai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s