Tulis Tangan Kiri

The Umbrella Man

7 Comments

“Tokey, ini payung pasar malam berapa u jual? ” soal aku.

” Mana satu u mau aaaa? Bulat ke petak 4 segi? ” soal tokey kedai kembali. Dia tunjukkan aku 2 jenis payung yang tersandar di sudut kedai.Masih berbalut dengan plastik.

“Mana lagi bagus tokey?” Sesi soal jawab berterusan.Silap-silap lepas ni aku lawan pantun  4 kerat dengan dia.Tengok siapa lagi handal.

” Dua-dua manyak baguttt….” Jawab tokey yakin.Ibu jari di thumb up kan ke atas.

“Harga sama saja…RM100 wa kasi u…” offer tokey laju-laju.

“RM90 aku angkat tokey….diskaun la sikit. Aku baru bulan puasa ni nak meniaga.Belum dapat untung lagi ” Jawab aku pelan-pelan. Membeli barang di kedai cina tanpa meminta diskaun adalah sangat rugi. Kena mintak… Kena tawar menawar. Beliau bagi ke tidak- itu belakang cerita.

” Ok Ok…tak apa, tak apa…lu angkat RM95…sudah murah,wa rugi manyyakk woooo.” Tokey tersebut tawarkan diskaun megasale.

“RM93 la tokey….lain barang banyak mau beli lagi. U jugak untung.” Aku mempraktiskan jurus ke-2 dalam the art of negotiation.Tawar selagi boleh. Tapi jangan sampai tokey tu bagi penampar. Kalau tak dapat jugak,harga RM95 pun aku sebat.

” Haiyaa…boleh la RM93.” tokey hardware itu mengalah akhirnya.Ini namanya kastemer is king.

“U tau pasang ka, itu payung? Mari…wa kasi tunjuk ” kata tokey itu dengan friendly.

Dia mendemo cara-cara buka dan tutup payung pasar malam dengan senang hati. Sama macam payung biasa cuma tambah besi kaki untuk sokong tiang. Sangat mudah!

” Kanopi tak mau ka kawan? Lagi bagutt…ramai orang meniaga posa angkat itu kanopi.” promot tokey itu lagi.

“Cukup la tu…aku dah ada kanopi. Yang ni cuma untuk gerai tepi jalan.Guna payung dah cukup.” eksplen aku.Tokey angguk faham.Serentak dengan ringgit yang bertukar tangan.

“Tolong masukkan payung tu dalam kereta ,ok tokey?” perintah aku. Macam yang aku bagitau tadi, kastemer is king.Titah perintah raja kena mantap.

“Boleh…boleh…” Dia kemudiannya menyumbat payung baru yang masih brand new dan berbalut plastik itu ke dalam kereta. Dia bai bai mesra sebaik saja aku beredar dari situ.

Sampai di rumah, payung niaga aku sandarkan saja di luar.  Esok dah nak pakai. Senang bab nak angkut-mengangkut.

**************

Tapi senja yang malang hari itu jugak, 2 ekor malaon  awal-awal dah angkut payung brand new itu sebelum sempat aku guna. Sorang jadi rider, sorang lagi dengan gigih pikul payung di belakang kawannya. Berdesup motor malaon itu sewaktu kejadian.  Macam motor dah korek blok…gitu laju dia punya pergi. Tak sempat nak kejar.

Esok aku perlu bergegas kembali ke kedai tokey. Kali ini aku akan beli kanopi tanpa banyak bunyik. Rantai besi  panjang 1 kaki dan padlock paling kalis pencurik sebesar penumbuk turut bakal aku borong. Kalau masih belum secure jugak, aku akan pasang CCTV setiap sudut luar rumah. Nak bela anjing pitbull untuk berkawal, itu aku akan fikirkan kemudian.

banner bab300x250

7 thoughts on “The Umbrella Man

  1. baguslah bro ni..bro tinggal mana? sy nak bersifukan bro boleh dalam berniaga pasar malam ni. sy bercadang nak bukak bazar ramadhan bulan depan. borang pun dah hantar, modal dah ada, cuma barang2 belum beli, maklumlah kali pertama nak niaga, masih blur nak beli barang apa dan tips nak dapat murah macam bro buat dalam cerita kat atas ni. harap bro dapat reply msg sy ni. tq

  2. DAN LAGI SATU!!

    saya berminat nak beli ebook jus bazar ramadhan, macam mana?

  3. salam brother…nk tnye kedai jual canopy tu nama.ape.rr.n brape rege canopy tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s