Tulis Tangan Kiri

Joned Nasri Lelaki Gentlemen

Leave a comment

“Eemm…jom masuk bilik.”

Dia bersuara manja.Rambut lurus paras bahu terbuai-buai disapa angin malam.Wangi bau shampoo jenama Johnson & Johnson menusuk hidung.Lesung pipit di pipi kiri menambah seri wajah. Dia berdiri di muka pintu. Pose menggoda dan mengada-ngada.

“Masuk la dulu……nak tengok bola Msia lawan Singapore..Live kat tv ni” Joned Nasri tolak lembut.Lelaki sebenar patutnya tak mudah cair dengan pujukan perempuan. Bola diutamakan,tidur dikemudiankan.

“Kejap lagi ye cayang…tunggu abis bola” Janji Joned Nasri lagi.

“emmm…jom la masukk bilik. Jom la tido sama-sama.” dia terus memujuk. Mulutnya dimuncungkan sedikit..Comel,cantik.

Melihat Joned Nasri yang terus leka mengadap skrin tv rata, tiba-tiba dia datang dekat dan duduk di atas riba Joned Nasri. Bau wangi shampoo Johnson n Johnson makin mencucuk-cucuk hidung.Membuatkan kosentrasi Joned Nasri menonton bola jatuh 60%.

Dia senyum..Dia tau Joned Nasri dah tak keruan.

“Tutup la tv…Tak leh tengok bola.Nak tidur jugak.”dia peluk Joned Nasri rapat-rapat. Dia peluk kuat-kuat.

Memang kalau dah tahap kritikal gini, lelaki seampuh Joned Nasri pun akan kalah. Lelaki sejati seperti Joned Nasri juga, sesekali terpaksa tunduk pada permintaan perempuan.Tewas pada pujuk rayu perempuan yang datang menggoda tanpa jemu seperti ini.

Joned Nasri dukung dia dengan kedua-dua lengan yang taf menuju ke bilik tidur. Dia ketawa mengikik.Seronok!Dia pura-pura pejam mata bila Joned Nasri baringkan dia dengan gentlemen di atas katil.Cahaya lampu bilik samar-samar…Romantis.

Joned Nasri baring di sisi dia. Joned Nasri usap ubun-ubun dia lalu berkata…

“Nah, minum susu botol ni…Habiskan tau. Kalau Lisa tidur cepat malam ni, esok daddy belanja Kepsi, orait? “

“Yeaahh!…Ok daddy.Cayang daddy bucuk..muaahh!” Dia mengucup manja pipi Joned Nasri.10 minit kemudian, dia lena dibuai mimpi indah. Mimpi makan Kepsi.

Malam itu Joned Nasri berjaya tidurkan Lisa Surihani sekali lagi. Seperti malam-malam sebelumnya, anak perempuan kesayangannya yang baru berumur 3 tahun itu  hanya akan tidur bila ditemani daddynya.

“Lega…Lisa dah tidur awal. Baru best layan Malaysia kitai Singapura camni. Pastu sambung tengok Euro 2012 lak…” monolog Joned Nasri, bapak mithali  merangkap seorang lelaki  gentlemen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s