Tulis Tangan Kiri

Suatu Ketika Dulu Di Pasar Ramadan

2 Comments

“Abang ke yang call tanya pasal borang pasar ramadan tadi?”

“Ya….saya la tu. Satu petak berapa kena bayar?”

“RM370… ” dia jawab ringkas.

“Eh, lain tempat rate dalam RM300..Nape sini mahal sangat?”

“Mahal sikit je bang…Lokasi sini memang terbaeek!Sini ada lot-lot kedai baru naik.Blok bangunan hujung  tu Kolej swasta yang sewa.Baru bukak..Tak lama lagi makin ramai la student.Penduduk taman belakang tu pun ramai…Konfem meriah bulan puasa nanti.”

“Tapi taman sebelah pun ada pasar ramadan, tak jauh pun, kan?” tanya saya.

“Ha’ah…itu yang haram.Tak ada kelulusan PBT.Yang di sini PBT dah benarkan kami jadi penganjur.”

“Abang nak jual apa ye?”

“Air tebu….”

“Bagus tu bang…Pemohon lain tak ada lagi yang nak jual air tebu.”

“Kalau abang jadi ambik tapak pasar ramadan dengan kami, untung tau bang…Lepas habis puasa, kami akan buka tapak pasar malam pulak. Jadi nama abang, kami akan forward terus ke PBTuntuk lesen pasar malam tu…Kalau mohon kemudian, takut dah full pulak.”

“Ooo…dah ramai ke yang mohon tapak pasar ramadan kat sini?”

“Ramai dah bang…Sebelum abang datang tadi, 3 orang datang hantar borang dan bayar duit tapak.Kami target 200 orang peniaga. Kalau abang lambat, takut dah penuh.Baik abang konfemkan sekarang jugak.” kata-kata manis bergula daripada dia.

“emmm..oklah, saya pun konfem sama.” kata saya walaupun masih 50-50.

*************************************************

Hari pertama puasa – hanya ada 6 orang peniaga pasar ramadan di lokasi yang dijanjikan terbaeek tu… Orang yang datang beli langsung tak ada!

Hari ketiga puasa – pasar ramadan tersebut tutup terus!Penganjur tak nampak muka…sehingga hari ini… 3 tahun peristiwa berlalu …

Harap-harap Abang penganjur tu duduk diam-diam sampai bila-bila… Jangan muncul-muncul dah…Orait?

banner bab300x250

2 thoughts on “Suatu Ketika Dulu Di Pasar Ramadan

  1. hehehe…ayat yg last tu best bro…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s