Tulis Tangan Kiri

Jual Air Soya Atau Air Tebu di Pasar Ramadan: Mana lagi Laku?

4 Comments

Ada yang emel saya dan tanya soalan di atas.Benda subjektif gini susah nak bagi jawapan yang paling tepat. Air tebu pun glamer….air soya pun ramai peminat dia. Air sirap bandung pun orang layan bila tiba puasa.Jawapan tengah-tengah dan selamat-semua air laku!

Tapi memandangkan orang yang bertanya tu bakal berniaga di bazar ramadan tahun ni untuk kali pertama, maybe post kali ni dapat bantu dia.Orait bro?

Jual air tebu memang laku masa bulan puasa.Kena pulak cuaca sekarang ni panas terbakor.Memang orang akan berkerumun di gerai air tebu.Tak menang tangan nak mesin tebu tu nanti.Gerenti air tebu sold out!Cuma bila tiba hari hujan-kastemer tak berapa minat beli air tebu.Kastemer akan beli air lain-lain.Itu yang saya nampak. Maybe minum air tebu masa-masa hujan, tekak tak berapa selera.Agaknya la…

Jadi bro, kalau kau ada modal banyak, jangan jual air tebu saja. Pelbagaikan jenis-jenis air di atas meja sebanyak yang boleh.At least, orang ramai boleh tukar-tukar beli air bila dah boring minum satu jenis air saja.Hari ni minum air tebu,esok air cincau,lusa abc,tulat cendol…Seterusnya air tebu semula.Pusing-pusing dia tetap beli kat gerai kau…bukan kat gerai orang lain.Itu yang paling penting.Itu yang paling power.

Kalau handal buat air soya lagi baguss….tambah lagi satu jenis air yang power.Sales air soya ketika bulan puasa sangat-sangat memberahikan!Memang laris tahap dewata!Tapi kena jual air soya panas sekali.Jangan jual air soya sejuk saja.Bulan puasa kastemer lebih suka beli air soya panas daripada yang sejuk-Balik rumah baru depa bubuh air batu banyak-banyak…Perggh.

So,gudluck dan kipidup!

banner bab468x60

4 thoughts on “Jual Air Soya Atau Air Tebu di Pasar Ramadan: Mana lagi Laku?

  1. sy salute dengan bro, sudi kongsi idea seperti ini, sy harap bro dapat lihat post2 sy di carigold.com. kebanyakkannya bertanya tentang bazar ramadhan, harap bro dapat jenguk dan nilai soalan2 sy. semoga bisnes orang melayu terus maju. amin. =)

  2. Jual air soya terbaik, soya panas paling laku selain sejuk. Saya jual di bazar ramadan ada satu masa tak sempat letak depan meja dah orang kerumun booking. Sy buat sendiri termasuk tau fuu fah lokasi di Pandan Indah depan bomba. Kalau kita ikhlas buat hasilnya hanya Allah jea yg tau. Alhamdulillah dah 5 tahun dan ramai custumer cina beli.
    Rezeki ni semua datangnya daripadanya Allah,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s