Tulis Tangan Kiri

Penjual Air Tebu Yang Power

Leave a comment

Air tebu memang sedap.Kena pulak cuaca panas terik.1 jug air tebu pun kita boleh habiskan sorang-sorang.Tapi dalam sedap tu  kita lupa sebenarnya ada bahaya minum air tebu.Bukan sebab bahaya gula tebu tu manis.Yang tu pun bahaya juga tapi itu bab lain.Cerita lain.Yang aku nak cerita ni pasal tahap kebersihan air tebu.Jadi untuk bakal penjual air tebu bulan puasa nanti, baca sampai habis okay.
Biasanya stok tebu akan dihantar dengan lori oleh tokey ladang tebu.Penjual air tebu pula order stok tebu dalam kuantiti yang banyak.Berikat-ikat tebu.Order tebu kadang-kadang untuk cover bisnes 1@2 minggu.Setakat 1 ikat tebu,buang duit minyak lori tokey tebu je nak hantar.Ladang bukannya dekat.Jauh nun di kawasan luar bandar atau kampung-kampung.
Bila tebu sampai, pekerja tokey ladang tebu tu akan punggah turun stok tebu ke gerai peniaga air tebu.Dengan stok tebu yang banyak, mahu tak mahu penjual air tebu terpaksa biarkan stok tebu tu di atas tanah.Terbiar di belakang atau tepi gerai sementara nak tunggu giliran tebu lama dimesin.Mana ada stor nak simpan stok tebu tu.Meniaga air tebu pun cuma ada gerai kecik di tepi jalan saja, betul tak?
Aku pernah tengok bagaimana seorang penjual air tebu menyimpan stok tebu beliau.Tebu-tebu tu ditegakkan dan disandar pada pokok di sebelah gerai tebu.Akar tebu cecah tanah.Masalahnya di sebelah stok tebu tersebut jugalah dilonggokkan sampah sarap dari gerai penjual air tebu itu sendiri.Tepi longkang pula tu.Dekat-dekat sangat.Jadi bila hujan turun, akar tebu akan serap segala-galanya di sekelilingnya termasuklah air sampah sarap tu.Air longkang kalau melimpah mungkin juga akan diserap oleh akar tebu tersebut.
Bersih atau tidak?
So, jaga kebersihan kalau nak berniaga air tebu.Tak kisah lah berniaga air tebu di tepi jalan ke, pasar malam atau pasar ramadan. Jangan cincai bocai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s