Tulis Tangan Kiri

Alam Lain

Leave a comment

Malam sunyi.Seekor cicak terjenguk-jenguk di balik langsir.Mata aku masih belum mau terpejam.Bahana minum 2 cawan nescafe pekat dan tersangat power sekejap tadi,aku kini berjaga dan tak tidur-tidur lagi macam penagih syabu walau jam dah pukul 12.00 malam.Gila..esok kerja.Mata barai nanti apa cerita?

Aku cuba mendodoikan mata supaya lena dengan menonton siaran ulangan astrok yang bosan.Kadang-kadang terapi tidur aku begitu memang menjadi.Baru 5 minit kosentret, kedengaran bunyi beberapa biji guli berderai jatuh dan bergolek-golek dari syiling penghuni rumah atas.Seperti ada kanak-kanak sedang rancak bermain guli.Tanpa peduli hari dah jauh malam.Macam dah tak sempat nak main esok siang.

Bunyi guli jatuh dan bergolek-golek itu semakin galak.Berselang seli pula kali ini dengan bunyi kerusi atau perabot diseret di lantai.Bising!Ubahsuai perabot masa-masa tidur begini?Dah buang tabiat ke orang rumah atas aku ni.Dah la tak larang anak main guli malam-malam, dia pun sibuk seret kerusi tu apa hal?

Tak boleh jadi.Tak boleh dibiarkan.Aku kena tegur jiran atas sebelum satu isi rumah aku terjaga.Aku keluar senyap-senyap.Sampai di rumah tingkat atas, suasana hening.Malam tetap sunyi.Tiada tanda-tanda penghuni rumah itu sedang berjaga. Tiada bunyi bermain guli atau menyeret kerusi seperti yang aku dengar tadi.Lampu pun padam. Seperti dah lama tidur.Aku matikan niat untuk ketuk pintu rumah itu. Aku turun semula.

Masuk ke dalam rumah bunyi yang sama masih ada.Tak kuasa aku nak siasat semula. Aku buat tak peduli.Penat main guli nanti dia berhenti la tu.Penat seret-seret kerusi nanti dia akan diam. Biarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s