Tulis Tangan Kiri

Borang dan Lesen

Leave a comment

Dah lama aku tak singgah ke bangunan Majlis. Kali akhir aku jejak kaki ke situ semasa aku pergi ke jabatan perlesenan untuk ambik borang. Tingkat berapa jabatan perlesenan ni aku tak ingat.Tapi di aras yang ada kaunter sama macam kaunter pejabat pos atau lain-lain.Orang ramai yang berurusan di situ tak ramai sangat.Kaunter pun ada 3-4..kalau tak silap la.

Tapi kadang-kadang sempat la janggut tu beruban menunggu giliran nombor dipanggil.Pernah ada sorang nyonya tu bertekak dengan staff yang jaga kaunter pasal reject lesen permohonan dia nak bela anjing bulldog.Isi borang tak lengkap,camne nak lulus?Merepek-repek nyonya tu membebel dekat kaunter hampir 45 minit la jugak…Sayang sungguh dia dengan anjing bulldog tu.

Birokrasi sememangnya boring dan tak ngam.Benda yang mudah tapi disusah-susahkan.Dalam web majlis perbandaran semua borang dah ada.Boleh download ikut suka hati.Itu sudah bagusss…Tapi borang tu setakat kita boleh tengok dalam web saja, nak submit nanti perlu jugak ambik borang asli di kaunter majlis.Tak boleh guna borang dalam web.Sebab itu percuma.Borang original kena bayar RM5.Faham?

Tapi sehari dua lagi aku perlu jejak kaki ke sana sekali lagi.Birokrasi or not aku kena hadap juga.Kali ni nak mohon lesen premis perniagaan pulak..Step pertama, kena ambik borang la dulu kan? Harap-harap nyonya yang aku cakap dulu dah gembira berkejar-kejaran dengan anjing bulldog dia di rumah.Frame kan sekali lesen anjing tu kat dinding.Jangan sibuk-sibuk datang opis majlis time aku ada urusan ni.Tolong ye,nyonya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s