Tulis Tangan Kiri

Senjata Sulit

Leave a comment

Masa aku darjah 4, tiap-tiap hari aku ke sekolah.Kecuali time cuti. Awal-awal pagi aku dah mandi embun.Biasanya setengah jam sebelum loceng menjerit, aku dah terpacak dalam bilik darjah. Dengan mamai dan rasa mengantuk. Tapi apa boleh buat, abah aku kena hantar aku cepat-cepat pasal lepas tu pulak dia nak pergi motong getah. Walaupun harga getah dulu ciput tak melambung macam sekarang, kerjaya profesional abah aku masa tu memang mantap! Semantap kerja District Officer (D.O)!

Dengan sebuah motorsikal cabuk dan konfem kena gelak kalau nak bawak merempit itulah yang menjadi kuda tunggangan kami bertiga setiap pagi. Ye…naik motor bertiga sekali jalan memang cempien time tu.Mengapa naik bertiga? Itu adalah pemandangan biasa di kawasan-kawasan Felda.Biasanya aku duduk di tengah-tengah.Tersepit di celah abah aku selaku rider utama dan emak di seat belakang. Ye…emak aku akan ikut abah motong getah di ladang sama seperti kaum ibu yang lain. Behind every great man there’s a great woman macam mereka ini, right?

Naik motor threesome (baca,-bertiga) gitu bukan sesaja sebenarnya. Abah nak cepat ke ladang.Sekolah aku pulak satu jalan dengan ‘opis’ beliau.So senang nak drop aku ke sekolah, senang jugak untuk abah terus pecut ke ladang.Tanpa perlu berpatah balik ambil emak di rumah untuk second round. Jimat dan tak membazirkan petrol yang telah disubsidikan oleh kerajaan.

After setengah hari melopong belajar di dalam kelas, aku akan tunggu abah datang pick up aku di luar pagar sekolah. Selalunya abah pickup aku awal.Sebelum loceng berbunyik, abah dah standby kat luar.Berborak-borak dengan kawan-kawan sepemotongan getah beliau sementara menunggu aku terkedek-kedek keluar bawak beg yang maha berat.

Sekali-sekala abah ada juga terlewat pickup aku di sekolah.Emak dah berkali-kali pesan, tunggu sampai abah datang.Tapi bila semua budak-budak lain dah balik, cikgu pun dah balik, takkan lah aku nak tercongok sorang-sorang?Nak ganti pakcik guard?So, aku akan berjalan perlahan-lahan ikut tepi jalan…dengan mengheret beg yang superduper berat itu.Tapi aku tak merungut.Aku tau aku kendong ilmu.Berkat.

Selalunya aku akan singgah dulu di sebuah kedai tak  jauh dari sekolah.Aku akan tapau air batu kepal di kedai tersebut sebelum teruskan perjalanan. Bila pekena air batu kepal sambil menapak balik, aku dah tak pedulikan panas terik yang membahang.Peluh yang menitik dan lencun satu badan pun aku heran.Jalan sampai Kolumpo pun aku sanggup!

Sampai ke area Bukit Tonggek ,aku akan ambil langkah waspada.Selang 4-5 buah rumah lagi ada bahaya menanti.Di situ ada sorang budak lelaki baya umur 15-16 tahun (tapi aku agak dah lama berhenti sekolah) suka benor kacau budak-budak sekolah rendah yang balik menapak macam aku ni. Dia akan kejar dan perambat semua budak yang lalu. Bila mencicit je semua budak-budak tu lari, mengekek dia gelak.Motif?

Aku tak tahu tapi yang pastinya dia suka buli budak kecik.Macam Giant selalu buli Nobita dan kawan-kawan dalam kartun Doraemon.Tapi dia lagi besar dari Giant Doraemon tu.Sebesar Andre The Giant. Tapi kecik sikit dari Afdlin Shauki.

Mana-mana yang lepas lari selamat la. Mana yang tak bernasib baik dan kena cekup, dia akan buli.Dia akan rampas beg sekolah mangsanya dan biarkan budak tu merayu-rayu mintak balik. Bila budak tu nak nangis baru bagi balik.Lepas tu dia ketawa mengekek-ngekek. Motif? Misteri.

Jadi  bila lalu di situ aku kena pecut laju-laju.Dapat pecut sampai naik jalan bukit adalah satu kelebihan pasal dia obesiti.Dia akan stop kejar separuh jalan.Tapi hari tu aku agak malang.Masa sedap pecut, dia dapat tarik beg aku.Larian Carl Lewis akut terbantut.Dem!

Aku terpaksa berdepan dengan badak sumo ni! Kalau lawan kungfu, konfem aku kena lenyek. Kalau biar dia buli aku, konfem aku meraung tepi jalan dulu.Mana boleh! Aku Lelaki! Malu lah nangis-nangis ni.Apa barang memiliki Angry Bird di dalam seluar kalau  benda gini pun aku tak boleh setel?Apa barang?

Tapi camne nak lawan dia?

Tak ada cara lain. Aku perlu buat perhitungan terakhir.Dia acah-acah beg aku.Sekali sekala beg itu dilambung tinggi.Cabar aku rampas semula la tu.Dia tersengih-sengih mengejek.Aku terpaksa bertindak! Aku perlu gunakan senjata sulit untuk mengajar dia! Dan aku pun….

KHEEEKKKK….PTUIHHHH! PTUIHHH!!!

Air liur dan kahak hijau aku hinggap padu bertempek-tempek ke mukanya. Aku pantas rampas semula beg dan lari selaju-lajunya ketika dia sedang kaku dan terkulat-kulat terkejut.Ye…meludah air liur dan kahak ke muka lawan adalah senjata sulit yang palih ampuh! Mekanisme serangan dan pertahanan yang paling sophisticated kepada budak darjah 5 untuk binasakan musuhnya yang lebih dewasa!

Sejak hari tu, bila aku lalu di tempat kejadian mesti dia akan buat muka tak puas hati.Nak balas dendam eh?Sikit pun aku tak takut.Aku kan handal! Siap aku jelir lidah, tumbuk penumbuk aku yang kecik itu.Catch me if you can….

Tapi dia kena makan asap motor abah aku dulu la.Sebab after that day dan hari-hari seterusnya, aku naik motor je.No more jalan kaki! Never!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s