Tulis Tangan Kiri

Panduan Cari Tapak Pasar Tani : Berniaga Pasar Tani

10 Comments

Halangan utama dalam kamus seorang usahawan kecil-kecilan atau peniaga baru adalah  ketika mencari tapak berniaga. Biar menarik atau sesedap mana pun produk yang dijual tapi jika lokasi  tu tak cantik dan tak ramai orang, anda mungkin bungkus awal. Sebaliknya kalau bijak memilih tapak niaga yang meriah dan ramai pengunjung macam di pasar tani, anda boleh menari shuffle sambil kira duit hasil jualan.

Tapi bro, susah la nak masuk pasar tani nih… banyak prosedur dan birokrasi…leceh.

Ya…tak dapat dinafikan fatwa di atas. Boleh cuba try test call atau datang sendiri ke pejabat FAMA berdekatan. Aku yakin korang tak akan dapat berniaga di pasar tani serta merta. Maklumat di internet juga sangat terbatas. Tak ramai peniaga pasar tani atau blogger yang huraikan cara cari tapak di pasar tani.

Apasal hah? Maklumat sulit?Rahsia besar? Misteri X-Files?

Usah pening-pening fikir. Biar aku jadi sumber wikileaks  dan dedahkan pengalaman aku untuk korang…

Lokasi: Pasar Tani  FAMA Putrajaya ( Hari Jumaat)

Tarikh: 2011(date sebenar tak ingat)

Aku berjalan menuju ke khemah urusetia. Kaki melangkah selangkah demi selangkah penuh gaya seorang lelaki maskulin yang tulen.Jalan teratur dan sopan di khalayak umum itu penting, supaya  berbeza laku dengan jantan bukan ori. Jangan jalan kepit seperti lelaki auwww.

Daripada jauh pun dah boleh cam khemah urusetia pasar tani FAMA. Kedudukannya terpinggir sedikit daripada khemah para peniaga pasar tani yang berniaga di situ. Di tepi-tepi kali gitu..errk, senang cerita betul-betul di bawah kanopi kuning sebaris dengan tapak pasar tani promosi. Ada 2 buah meja yang dicantumkan menjadi kaunter urusetia atau pendaftaran. Di atas meja terhimpun borang-borang yang ditindih dengan buku resit dan 2 batang pen biru. Ada dakwat atau tidak pen biru tersebut, aku tak tahu…

Meja kaunter urusetia tersebut dijaga oleh 2 orang perempuan. Aku yakin 2 orang perempuan tersebut adalah urusetia pasar tani yang sahih, sebab pakaiannya lain macam sikit. Mereka pakai jaket yang tertulis besar-besar ‘FAMA’. Maksudnya AJK Pasar Tani FAMA ori la tu, kann? Menguatkan lagi hipotesis aku- 4 orang lelaki turut memakai jaket yang sama sedang rancak berborak dengan 2 orang wanita berkenaan.Tak mungkin mereka semua ni team kompang atau boria, betul?

“Assalamualaikum cik..Ini khemah urusetia pasar tani kan? Boleh tanya sikit? ” Sapa aku penuh islamik dan berbudi bahasa.

“Waalaikumusalam…” Jawab salah seorang urusetia wanita tersebut yang  agak cubby. Pendek dan perlahan saja suaranya macam pengantin baru dalam kelambu. Atau mungkin juga tak suka diganggu ketika sedang rancak berborak-borak dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan lain.

” Saya nak tanya sikit…Camne nak berniaga kat pasar tani nih?Kena isi borang apa, ya? ” soal aku.

Urusetia perempuan tu tergamam. Dia pandang aku  dengan muka hairan dari atas ke bawah. Rasanya zip seluar aku dah katup awal-awal kat rumah tadi. Tapi apa sebab dia tenung begitu. Aku silap soalan ke?

” Kalau nak berniaga kat pasar tani ni, prosedurnya camne cik? ” Aku ulang soalan semula supaya dia faham.

” Pergi pejabat Fama Shah Alam. Isi borang…kalau dah lulus nanti baru boleh berniaga kat sini. ” jawab dia acuh tak acuh. Langsung tak pandang muka aku yang hensem ni.

” Nak masuk berniaga kat tapak promosi pulak camne step dia? ” Aku yang masih tak puas hati dengan penjelasan separuh masak dia terus cuba bertanya. Sebab setakat jawapan macam tu, aku boleh call sendiri FAMA. Tak perlu aku buang masa walk-in tanya di kaunter urusetia pasar tani tersebut.

” Sama je…pergi tanya ofis FAMA laa..diorang boleh explain panjang lebar. ” Jawab dia lagi lalu terus sambung berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain.

Aku terus beredar dari situ sebab buang masa aku yang sangat berharga.Kalau tadi aku beratur beli KopieSatu lagi bagus daripada melayan orang yang tak layan kita.Got it?

Takpe, aku akan tanya di pasar tani tempat lain sampai dapat jawapan.Never say never…

BERSAMBUNG PART 2…

10 thoughts on “Panduan Cari Tapak Pasar Tani : Berniaga Pasar Tani

  1. ..camtu upanye diaorg layan insan yg bersemangat nak berniaga ye..ucapkan terima kasih bebanyak kt diaorg tu..

    • biasa la tu…tapi tak semua tak nak layan. Ada yang bagus n layan baik-baik bila kita tanya macam sorang insan baik hati ni..cerita bersambung di part 2.Bila ada masa free sikit, saya sambung cerita tu.

    • biasa dah bila berbangsa mcm kita ni..bkn nk tolong dgn hati yg ikhlas..diaorang tak tahu diaorang kerja tu pun Allah yg izinkan rezeki untuk diaorang..sepatutnya kita kena laa ada semangat saling membantu dalam sebangsa sendiri bukan kira nak cantas jer..memang laa dalam mana2 kerja atau perniagaan pasti ada saingan atau pesaing..tapi secara positif laa fikirnya..hurm ni la dunia sekarang..realiti..sedih sangat tgk nasib sebangsa yg belum ada kerja..perniagaan merundum..dek kerana hati tak ikhlas dan dengki..semuanya jadi tak elok..saya pun pernah cuba untuk cari tapak pasar malam/pasar tani area bangi dan kajang..jawapan sama juga dapat macam mana encik blogger dapat..bila pergi ke pejabat terus..layan macam tak nak layan jer..tengok gaya macam kerja bertimbun atas meja..tapi hakikatnya tak pun..sekarang pun terpaksa laa berani2 kan diri berniaga tepi2 jalan untuk sara diri dan keluarga..nak kata tak usaha..usaha dah..nk kata tak ikhtiar..ikhtiar pun dah siap naik turun pejabat bandaran..pun tak jadi juga..di mana la ada salahnya dalam diri ni kan?

  2. same la saya pun tanye kat situ,,jawapan pun cam tu,,rase x puas hati je,,,padahal,,teringin sangat niaga kat situ,,

  3. Memang mereka2 ini akan layan mcm itu, mana2 pun sama shj, endah tak endah je, mcm sial, itulah kelemahan org melayu mcm anak haram jadah, bangsa paling haprak dlm dunia ni, selalu memandang rendah pada org lain, tidak mahu bantu membantu, suka pentingkan diri sendiri, aku dah kene byk kali dah. Kalau mereka ini perlukan pertlgan pandai pulak nk bermanis muka, hipokrit tahap sial qubra…

  4. tapi kat UTC ipoh di bahagian JPN dan Balai Polis. saya di layan dengan baik, Syabas JPN dan lain2 counter den layanan mesra dan keep up your good work! Pathma

  5. jgn Tanya urusetia pasar tani pergi trus kr plaza massalam shah alam tya security pjabat fama kt mana kendian amik borang isi tmpt kt mana kta nk niaga slalunya fama yg bg tmp jika Ada kkosangan pastu tunggu je call atau seat samada bjaya atau tak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s