Tulis Tangan Kiri

tak ada tajuk

Leave a comment

Preng…Preng…Peng (Bunyi motor)

 

Preng…..Dumm (Bunyi motor tadi + cium bontot kereta kelisa)

 

Adoi!…(suara penunggang motor yang malang tersebut)

 

Okeh, itu kejadian eksiden yang berlaku hari Ahad baru-baru ni. Takde dilaporkan dalam berita TV3 atau pun siri 999…Cuma terjadi depan mata aku sendiri..Eh tak, belakang mata sebenarnya. Sebab masa tu aku tengah membelakangkan jalanraya.

Arakian ceriteranya time tu baru jam 4.50pm.Jalanraya depan gerai aku ni belum sesibuk mana. Kereta, motor, lori dan kadang-kadang basikal (warganegara bangladesh) lalu lalang serta melintas macam biasa. Tapi tu la….kalo dah nak jadi tu, jadi jugak la kan?

Tiba-tiba……

Preng…Preng…Peng (Bunyi motor)

 

Preng…..Dumm (Bunyi motor tadi + cium bontot kereta kelisa)

 

Adoi!…(suara penunggang motor yang malang tersebut)

 

Result—-Bumper belakang kelisa kemek dan patah, lampu kanan pecah..Pemandu dan penumpang tak ade apa-apa.

 

Result 2—–Motor kriss penunggang tu tak de calar sikit pun…

 

Result 3—–Lutut kanan penunggang motor kriss berdarah!Dia cium bontot kelisa tu guna lutut!-Itupun dah cedera parah bumper kelisa…

 

 

Dia terduduk tepi jalan sambil pegang lutut. Brader owner kelisa berjalan kaki keluar dari kereta.Wife brader kelisa tu dah menjerit-jerit suruh husband dia kejor mamat motor yang suka-suka langgar kereta orang.Tapi brader kelisa tu steady je jalan perlahan-lahan.Mana boleh berlari bersungguh-sungguh sangat, kan puasa nihh!Letih ler..

Lagipun orang yang langgar tu bukannya lari pun,tengah sakit.

Makin lama makin ramai orang kita yang sangat prihatin berkerumun kat tempat eksiden tersebut.Rider malang tu orang Myanmar. Lesen menunggang (ke memandu?) tak ade…Pasport ada..tapi yang fotostat saja.Itu pun dah mati tahun lepas.Dia mengaku minum sikit sebelum bawak motor tadi..minum tu boleh diinterpretasikan sebagai mabuk ya..bukannya minum jus oren atau pun bandung cincau.

Kebetulan pula peronda polis lalu di situ.Orang ramai tahan kereta peronda tu..minta abang polis tu selesaikan.Mamat myanmar tadi dah makin cuak..Dah nangis2 ..Nasib baik polis tu suruh mamat myanmar bayar kerugian brader kelisa..Agaknya tak nak panjang2 cerita.Lagipun kes kecik jer.

 

Kesian brader kelisa dan wife dia..Terbantut hajat dia hari tu nak beli juadah kat bazar ramadhan sana…

 

ps: Selamat berpuasa!

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s