Tulis Tangan Kiri

Nasib Mangsa Renjatan Kabel Elektrik

Leave a comment

Niat asalnya hanya ingin cari rezeki halal.Tapi malang tak boleh nak diduga. Ketika sedang mengait buah kelapa sawit pada 26 November 2011, renjatan kabel elektrik voltan tinggi mengubah nasib dan hidup pemuda malang itu. 50 % kulit badan Hairuman Miskon melecur teruk. Lebih malang ,  kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya terpaksa dipotong kerana tak boleh diselamatkan lagi.

Amy Search sempat melawat Hairuman pada 24 Jan 2011 yang lalu. Beliau turut menghiburkan pemuda itu apabila menyanyikan dua lagu berjudul Fantasia Bulan Madu dan Isabella. Sekurang-kurangnya Amy prihatin dan kesiankan peminatnya.

Itu tragedi yang berlaku pada Hairuman beberapa bulan yang lepas. Apa cerita terkini pemuda tabah itu sekarang?

Sekarang Hairuman semakin pulih,gigih dan bersemangat. Bantuan dan sumbangan dari orang ramai juga tetap tak putus. Terkini seperti dilaporkan akhbar semalam, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mengecualikan pembayaran balik baki tunggakan pinjamannya yang berjumlah RM13,632.88…

Aku tak kenal langsung si Hairuman ini .Bukan sedara-mara atau pun kawan-kawan. Tetapi aku tabik spring dan kagum dengan pemuda ini. Dari awal ditimpa tragedi sehingga sekarang, wajahnya tenang dan positif. Sentiasa senyum dan ceria.Insan yang tabah hadapi musibah. Tapi dalam hati dia,aku tak mampu nak teka..

Aku bukan Jutawan atau ada harta bertimbun-timbun. Kalau aku billionaire,dah lama aku bantu dia.Tanggung apa saja kos yang dia perlu. .

Post ini bukan bertujuan untuk kutip derma. Aku pula tak ada kena mengena dengan NGO,kementerian  atau pusat zakat yang bertanggungjawab hulur bantuan.  Aku cuma terpanggil untuk berkongsi cerita derita. Beri sokongan moral walau dari jauh.

Tapi untuk yang rasa terpanggil membantu, bantulah dia..walau serendah RM1. Seikhlas poket sendiri..

Kakak Hairuman -Maryuni Bt Miskon

No telefon: 0183807867

No Akaun :

162030632448 Maybank

12570000203529 CIMB

Alamat:

No 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor

ps: dalam hati ada taman…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s