Tulis Tangan Kiri

Anda Dah Bayar Saman?

Leave a comment

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka tidak pernah serik membayar saman trafik pada saat-saat akhir.

Hari terakhir diskaun saman trafik ditawarkan sejak Ogos tahun lalu yang berakhir semalam menjadi bukti sikap negatif masyarakat negara ini.

Gara-gara ribuan orang menyerbu pejabat pos dan balai polis semalam, keadaan kaunter-kaunter bayaran saman dikatakan kelam-kabut.

Tinjauan Kosmo! di ibu kota mendapati sejak pukul 8 pagi, pejabat-pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu melunaskan saman mereka. Akibatnya sistem komputer rosak dan tidak berfungsi.

Berikutan itu, ribuan pesalah trafik menyerbu balai polis berdekatan sehingga menyebabkan keadaan menjadi amat sesak dengan orang ramai.

Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Pejabat Pos Dayabumi di sini mendapati orang ramai yang sabar menunggu sejak pukul 8 pagi terpaksa ‘berputih mata’ untuk membayar saman masing-masing.

-sumber kosmo online 1 mac 2011-

 

 

 

Itu dalam negara…Kalau kat luar negara tengok gambar bawah ni:-

 

 

 

Gaji Samuel Etoo sebagai seorang pemain bolasepak profesional di Inter Milan seminggu  £185,000. Saman parking itu pula jumlahnya £32 saja. Kalau anda jadi dia, nak bayar atau bertekak dengan orang yang bagi saman tu?

Dalam kes ini Etoo merayu-rayu pada warden trafik wanita tu supaya tak disaman. Bila tak dilayan, dia bengang dan mula tunjuk-tunjuk jari pada warden trafik. Main bola pun macam tu, kalau tak puas hati pada pengadil, dia akan jerit dan tunjuk-tunjuk jari pada pengadil.

Nasib baik, warden trafik tu tak bagi kad merah!

Cuba pula bayangkan kalau pemain berasal dari Cameroon ini berada di Malaysia.Kena saman ekor! Dah tentu semalam dia juga akan beratur panjang untuk bayar saman di balai polis berhampiran.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s