Tulis Tangan Kiri

Malaysia…Truly Asia

Leave a comment

Putrajaya, feb 2011…Masa cuti Chinese New Year.

Sempena cuti umum raya cina yang lalu  saya, isteri,anak dan adik ipar pergi melancong. Destinasi yang kami tuju tak jauh mana pun…Putrajaya. Dekat saja dengan Kajang. Sekali-sekala nak juga hirup udara di tempat lain. Di Kajang, asyik bau sate. Boleh lapar perut!

Sampai di Putrajaya, terasa nyaman bila angin berhembus. Bawa aura sejuk dari tasik yag tak jauh dari Masjid. Mia, anak saya yang comel tu (1 tahun 5 bulan) dah tak nak didukung. Terkedek-kedek Mia berjalan. Kadang-kadang berlari-lari.  Mama dan makcik Mia lah yang penat mengejar!Seronok nampaknya Mia bila dibawa ke tempat public seperti ini. Kalau tak, terkurung saja di rumah…Bosan juga.

Bila tiba di playground kanak-kanak yang ada di situ, saya cuma sempat beri peluang pada Mia untuk main gelongsor dan jongkang-jongkit. Merengek sekejap Mia sebab masih tak puas main. Puncanya dekat playground tu dah penuh dengan ‘ orang-orang asing’. Warga Nepal,Vietnam, Bangladesh dan entah rakyat mana lagi semuanya ada di situ. macam kanak-kanak Ribena yang terlebih minum ribena, masing-masing berebut duduk atas jongkang-jongkit.

Kalau sesiapa yang pernah datang ke area outdoor playground di sini, pasti tau ada replika kapal di tengah-tengah tu. Di hujung kapal ala-ala Titanic, sekumpulan 10 orang Bangla, 3 dari Vietnam sedang posing bergambar dengan ceria.Posing maut macam nak masuk majalah Mangga!

“sdsdsg…fvvfvf..wadasssfhgh…vvrjfjrf….ttkgjtg…say cheese!”

Ayat belakang saja yang saya faham. Jurufoto (Bangla) suruh senyum! Itu pun saya agak-agak saja bila tengok semua sengih lebar ke telinga. Saya beredar sebab tak selesa.

Tapi sebelum balik, sempat saya snap sekeping foto seperti di atas. Tak tau pula penumpang di dalam bot ini warganegara mana. Apa pun kempen kerajaan iaitu ‘Malaysia..Truly Asia’ satu ketika dulu nampaknya berhasil dan berkesan.Macam-macam bangsa ada di Malaysia sekarang.

 

Oh ya! Untuk elak berebut playground dengan orang-orang asing ini lagi, tahun depan saya akan tukar plan. Saya akan melancong ke Vietnam, bangladesh,Nepal atau Indonesia.Biar saya pula yang yang ‘jaki’ bermain di playground kanak-kanak di negara mereka.Tak kisah pun!

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s