Tulis Tangan Kiri

liar vs liar

Leave a comment

Tengahari tadi, aku pergi mencekik..Atau ikut bahasa dalam KAMUS DEWAN pergi makan. Tak jauh pun dari opis aku. Boleh pergi ke kedai mamak tu jalan kaki saja.

Sambil jalan kaki aku menyanyi lagu Maher Zain.. “Insha Allah…Insha Allah…la..la..la..”Tapi nyanyi dlm hati saja.Tak nak ganggu ketenteraman awam.

Sampai kat port favourite aku dalam kedai mamak tu,tanpa buang masa aku makan. Tak tengok kiri kanan dah ni.Lapar tahap Gaban!Tanpa buang masa juga salah sorang pekerja mamak tu dengan pantas kira dan bagi bil.Baru 3 suap, resit dah diselitkan di bawah gelas milo ais aku.Mungkin ‘ane’ tu bakal pekerja cemerlang untuk bulan ini..Efisyien sungguh!

Tak kisahlah tu..Aku terus makan..makan…dan makan…

Tiba-tiba…Jeng..Jeng..Jeng..

Datang seorang mamat tarik kerusi dan selamba duduk depan aku.Dia tanya aku tengah rehat atau dah habis kerja…Berkerut sekejap dahi fikirkan siapa pula dia ni? Nak kata kawan satu opis, mestilah aku kenal dia.Entah-entah dia ni sahabat Facebook aku kot?..Lagi lah mustahil, sahabat facebook aku  kebanyakannya wanita-wanita jelita.

“Gini abe..Saya ni baru keluar penjara…”

Intro mamat yang sahih bukan sahabat facebook aku tu, sambil keluarkan kertas dari poket seluar.

Aku tak tengok pun, sebab dah boleh agak tujuan dan niat sebenar dia.Nak Scam orang la tu. Badan aku mula rasa ‘vibrate’..Bukan gigil sebab getaran handset, tapi tengah kontrol geram dan marah.

Nasib baik aku masih ‘kool’ dan boleh berlagak macam orang bodoh.

“Oooo..Abang masuk penjara mana? Apa kes?”aku tanya 2 soalan serentak sambil buat muka ketat.

Pesan Tok Guru Silat aku masa darjah 3, bila berdepan dengan musuh yang garang…muka sendiri kena 3 kaliganda lebih garang.Itu yang aku buat muka ketat dan ganas.

“Penjara kajang…Kes tak ada I.C..Kena penjara 1 hari,ni baru keluar..”Cerita Mamat tu dengan muka kesian.Berlakon sinetron la tu!

“Itulah nak minta tolong abe kalau boleh, duit seposen pun dah tak ada..nak minta pinjam duit buat tambang balik kampung.Sepuluh ringgit pun tak apa ” Mamat yang tak ada rambut tersebut lancar berkata-kata.Tapi dia tak sedar sedang beri bola tanggung untuk aku smash kencang ala Lin Dan!

“Ooo..Penjara kajang ke..Saya ni kerja kat situ.Ibu Pejabat Penjara atas bukit Wira tu..kebetulan la kita jumpa.Order la makan dulu. Saya ni pun tengah tunggu kawan-kawan dari Penjara kajang. Diorang pergi CIMB BANK jap  “. Aku smash kembali bola tanggung.Tepat atas dahi mamat tu!

“Err…Tuan kerja penjara kajang ya..Tak apalah tuan.Saya dah kenyang…Pergi dulu Tuan..”kali ni mamat tu pula berkerut-kerut dahi.Mula gelabah dan perlahan-lahan tarik kerusi untuk bangun.

“Ok,jalan baik-baik…Jangan sampai masuk ke ‘dalam’ lagi.”Tegas dan pendek saja kata-kata akhir dari aku.Lakonan mesti mantap.Mamat tu terus keluar kedai.Tak pandang belakang dah!

Aku pula teruskan makan seketul daging kambing yang terakhir dalam pinggan tanpa sebarang gangguan lagi.

ps: aku pernah kerja di penjara.tapi sekarang di hospital.Bukan sengaja nak menipu. tapi mamat tu bukan bekas banduan pun..Dia cuma nak tipu,.tipu, tipu aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s