Tulis Tangan Kiri


2 Comments

Berniaga Pasar Malam Musim Hujan….Untung Atau Lingkup?

Musim hujan ni perkara paling nikmat sekali untuk dibuat ialah tarik selimut dan berhibernisasi all day long macam beruang. Tapi kalau berniaga pasar malam, musim hujan pun kena datang berniaga jugak. Tak boleh la nak lepak-lepak di rumah suka-suka hati gitu layan drama  TV3 Tentang Dhia. Nanti customer lari. Atau pun the worst case scenario tapak niaga kau tiba-tiba je dicopet oleh peniaga bakso Indon. Berbaloi ke berniaga musim hujan cenggini?Ada untung meh?

Cenggini ok….

Pakcik sebelah aku berniaga tudung. Dalam seminggu 6 kali dia akan berniaga.Kadang-kadang 7 kali seminggu!Takde cuti-cuti. Kata pakcik tu, duduk rumah  tak buat apa-apa dia akan rasa bosan. So dia akan angkut isteri dan seorang anak perempuan (sekolah rendah) menjelajah ke mana-mana pasar malam. Kat Kajang selain tempat ni, dia ada satu lagi port pasar malam dalam kawasan Hulu Langat.Merata-rata la tempat dia pergi…sampai ke Tanjung Malim.Rajin giler walaupun rumah dia di Keramat, K.L.Pakcik tu kata musim hujan gini,nak cover duit minyak van pun susah!

Depan gerai pakcik ni pulak ada brader 2 orang jual kasut bundle…RM50 sepasang. Dari petang abang-abang ni just bersembang berdua. Sampai pukul 9.00pm tak ada  orang datang beli.Walau pun  satu pasang! Sama juga peniaga beg Angry Bird dan selipar budak-budak.Tak ramai buyers..Yang datang belek-belek ada la jugak,tapi tak ramai beli pun.

Yang paling  cepat habis dan berkemas dulu ,makcik gerai nasi ayam. Jam 8.45pm dah beredar dengan senyuman bermadu. Untung la tu kan? Besar-besar je nampaknya gelang emas makcik tu.

Jual air?Ice blended??….slow sikit..Slow banyak sebenarnya!

So yang aku rasa..Secara keseluruhan,untung banyak….agak susah. Untung sikit-sikit or setakat balik modal…ya boleh!


Leave a comment

Jual Jus Tepi Jalan Di Bulan Ramadhan/ Untung Kecil-kecilan di Bulan Puasa

Tahun 2010,

Tarikh: tak ingat tapi awal ramadhan

Location: Tepi jalan utama, Taman Su*er* Kajang

Asalnya cuma ada satu gerai saja di sini..Abang Farid (orang utara) jual air tebu dan air kelapa.Kalau sebelum puasa dia dan isteri jual keropok dan pisang goreng panas.Hari pertama puasa gerainya diserbu pelanggan. Stok tebu yang bertimbun di belakang gerainya cepat saja habis dimesin. Berpeluh-peluh dia…penat woo mesin tebu ni. Saya tahu betapa penat dan siksanya memesin tebu. Keluar peluh jantan dan betina satu badan.

Bila tiba bulan puasa..Landskap tepi jalan ni turut berubah.Tiba-tiba wujud 4 lagi gerai di kiri dan kanan gerai abang Farid.Ada gerai roti John, kuih muih, murtabak dan gerai jus buah (Saya punya la tu!). Abang Farid tak kisah. Tak ada hasad dengki atau tunjuk muka masam apabila makin ramai berniaga di sebelahnya.

“Tak apa, lagi ramai lagi meriah.”

Kata-kata Abang Farid mengalu-alukan kehadiran kami.Lagipun kami semua bukannya orang asing atau alien di situ. Masing-masing menetap di kawasan tersebut. Sama seperti Abang Farid.Hari pertama puasa masing-masing sibuk melayan customer.Terutamanya di waktu puncak. Hanya sempat senyum gitu-gitu aje..tak sempat beramah mesra sesama sendiri.

2 jam berdiri sejak dari pukul 5pm tak terasa pun lenguh di kaki.Jam 6.45 petang, cikgu yang meniaga roti john dah pun kemas gerai.Kalaulah ini pertandingan jualan siapa yang paling pantas habis…’Cikgu roti john’ ni gondol pingat emas. Senyum cikgu yang gitu-gitu aje tadi dah berubah 360 degree..Dia dah senyum lebar cecah telinga!Rezeki dia murah betul hari tu..

Saya pula tak mungkin jadi pemenang kedua! Di sebelah saya Abang Farid lebih berhak dicalonkan pingat perak.Dia dan isteri sedang mengira hasil jualan. Tin biskut marie a.k.a bekas duit penuh dengan duit kertas.

Sungguh pun 2 balang jus buah dan air soya dah licin, masih ada balang jus buah yang belum habis. Ini standard…tak mungkin semuanya boleh habis jika setakat menjual di tepi jalan begini. Tetapi saya tak kisah pun..Saya ada srategi tertentu dan cuba bereksperimen dengan teori ciptaan sendiri.Risiko rugi adalah adat dalam perniagaan.Ibarat makan sambal belacan yang kurang rasa
belacan..semua itu harus ditelan!

Ketika 5 minit lagi azan berkumandang tanda waktu berbuka puasa..Barulah saya dapat melabuhkan punggung di kerusi. Van pekerja kilang berhampiran baru saja beredar. Di dalam van tersebut ada 9 orang pekerja kilang yang baru saja memborong jus buah di gerai saya…

Alhamdulillah…syukur atas rezeki-Nya!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.