Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Manchester United vs QPR…Ulasan Tertunda Minit Ke Minit

Sesekali bila menonton bola live di kedai mamak happening jugak.Tukar angin dan tukar view. Walaupun bukan game clash of the titans, tapi bila lagi nak tengok The Reds buli team tak seberapa kuat seperti QPR ? So, aku pun layan game tersebut bersama2 dengan MJ (Mat Joe)-penyokong tegar Arsenal.

18 DECEMBER 2011, LOFTUS ROAD ATTENDANCE: 18,033 (Termasuk QPR Owner Tony Fernandes…I think so!)

Kickoff..

Min 1-Aku baru nak cicah roti canai dengan kuah, tapi Rooney tak kasi can aku makan dulu. Hantaran lintang Valencia tepat ke rambut baru Rooney walaupun cuba diasak oleh Matthew Connolly, pertahanan QPR. Rooney berjaya melakukan tandukan tipis (pinjam istilah  Hj.Hasbullah) ke dalam gol. Gawang Cerny bolos sepantas minit ke 52. 3 pemuda bangsa India meja VIP (paling depan ) menari-nari dan menjerit kuat ‘gooollll!!!’. Penonton lain berkelakuan baik.

Min 3-MJ menyalakan sebatang rokok. Dia sedut dalam-dalam. Kemudian hembus asap ikut sebelah hidung saja. Aneh?Khurafat? Black Magic?Aku syak MJ cuba mandrem game ni supaya berpihak kepada QPR. “Kena sokong QPR pasal jersey ad tulis  Malaysia..patriotik”…Itu post dia dlm Facebook 2 jam sebelum game mula. Tapi ManU makin garang dan makin Devil. Gerakan menarik anak rusa Nani-Rooney-Welbeck mencemaskan penyokong setia QPR.Namun sepakan tak cukup power Welbeck berjaya dihalang oleh penjaga gol.

Min 10-45

Kadang-kadang Shaun Wright-Philips cuba tembus defend ManU melalui sayap.Tapi Chris Smalling cepat tutup lubang. QPR banyak mengasak melalui dua-dua sayap. Jamie Mackie banyak kali juga berjaya lepasi Evra. Aku tak pasti dia pemain Harimau  Muda negara mana tapi form dia best. Cuma semua bola cross ke tengah dapat di clearkan dengan senang hati oleh Ferdinand dan Evans..safe and sound. Jadi kubu pertahanan The Red Devils tetap kebal daripada serangan pengganas QPR.

Welbeck dapat skor gol tapi dah offside. 3 pemuda India tadi maki hamun pengadil dalam bahasa Tamil. Roti canai aku dah selamat ditelan. Aku pekena teh tarik seteguk dua.Boleh minum dan makan dengan aman kerana semua serangan QPR tak bahaya dan pramatang.

Tamat Separuh Masa- Baru perasan selang dua meja ada sorang hot babe tengah minum milo panas. Balak dia tak hensem.

min56-Gol!Carrick dapat bola sebab Joey Barton cuai. Carrick mengawal dengan tenang dan buat larian solo ke kotak penalti QPR. Cerny terkesima dengan jaringan Carrick. Carrick pula terkesima sebab dah lama tak skor gol macam tu!

min 60-90

Phil Jones mengawal bahagian tengah baik. Agak serasi dia bermain di situ. Gandingan dengan Carrick juga mantap. Danny Welbeck dikeluarkan pada minit 63 dan diganti dengan Hernandez. Cepat pulak mamat Mexico ni sembuh daripada injury. Awek hot selang dua meja bertepuk tangan. Suka la tu Javier Hernandez main… Budak kacak.

Rooney diganti oleh Ryan Giggs minit ke 78. Sir Alex tak nak perah kudrat Rooney sangat musim-musim raya krismas. Serah pada  si kuda tua Giggs  mengajar budak-budak QPR erti bermain bolasepak. Lagipun dah leading 2-0. QPR dah boleh tutup buku.

Ashley Young pun masuk sebagai sub.Tak masuk pun tak apa. Nothing happen.

Priit..Priit…Pengadil tiup wisel. Perlawanan dah tamat.

Fewitt….Fewitt…Siulan nakal anak-anak  muda apabila aweks hot berjalan ala model cat walk masa blah dengan balak dia.

Kamera fokus pada Tony Fernandes. Dia busy main handphone, bersms atau bertwitter semasa team QPR dah jadi lauk ManU.

Maybe Mr.Tony sedang berkira-kira next team yang bakal dibeli next season jika QPR bungkus. Telahan aku…Al Sadd, Qatar??Team La Liga Spanish,Barcelona FC ?? Team Liga Premeir 2012, Pahang FA???

ps: Ramli Manchester United masih belum digunapakai oleh Sir Alex walaupun berbisa jaringkan gol!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.