Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Resepi Air Soya dan Taufufah Original …Panduan A-Z- Percuma!/Cara buat Air Soya dan Tau fu fah

Makin ramai yang tanya bila la saya nak post resepi air taufu fah pula…Resepi air soya dah bagi dulu.Dah lama dah. Hmmm, dalam youtube dan internet rasanya dah ramai yang bagi resepi taufu fah tu..download dan copy lah di sana.

Tapi masih ada berita baik…Sambungan resepi air soya dan tau fu fah yang saya janjikan dulu sebenarnya dah pun siap ditulis. Selama ni pun resepi tersebut dah ada cuma masih dalam bentuk tulisan cakar ayam dan bahasa sanskrit lama. Hanya saya seorang saja yang faham!

Jadi setelah diupgrade dan dimake up cantik-cantik, akhirnya ia menjadi ebook 27 muka surat. Ringkas tetapi  padat dan step by step bergambar dari awal hingga habis. Ebook tersebut bertajuk Panduan A-Z Air Soya dan Taufufah Original Resepi. Ia diberikan PERCUMA hanya untuk pembeli Ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan! Ini bonus kedua dan terakhir yang saya berikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pembeli..

Jadi sesiapa yang nak tahu cara buat air soya dan taufufah yang sedap, pekat dan confirm tak basi…dapatkan Ebook utama dengan harga rm50 tu dulu ya. Maklumat lanjut Klik sini .

Di antara kandungannya:-

Ketahui 5 kesilapan besar  semasa membuat air soya…
Teknik elakkan air soya daripada hangit dan cepat basi…
Apakah sukatan dan bahan-bahan yang terbaik untuk hasilkan tau fu fah yang berkilat
dan tekstur yang lembut…
Tip dan panduan untuk menjual air soya di bazar ramadhan…

 Bagaimana hanya dengan modal RM3 (1kg kacang soya) anda mampu untung lebih RM100?

preview ebook bonus Panduan A-Z Air Soya dan Taufufah Original Resepi:-

Buat air soya ni guna blender di rumah saja. Kena rajin dan kuat semangat la kalau buat ala-ala tradisional camni…Bayangkan lah 30 hari ramadhan buat rutin sama. Kematu juga tapak tangan dok blend kacang soya hari-hari. Penat dan dahaga tu tak payah ceritalah. Tapi untung punya pasal…apa ada hal, betul tak?   Nak senang kerja beli terus mesin air soya. Dalam ebook tu pun ada dibagitau berapa harga dan di mana boleh beli mesin soya.

So, jangan tunggu lama-lama…Maklumat lanjut Klik sini .




15 Comments

Resepi Air Soya Fresh 2011

Berita baik untuk  sesiapa yang nak cuba buat air soya di rumah… Nah, ambil resepi air soya fresh edisi spesel 2011! … Try buat  ikut cara yang mudah sesangat ni. Buat sendiri lagi sedap daripada beli tepi jalan atau yg dalam kotak..serius. Ada tempat kursus ajar buat air soya ni ambil masa sampai 2 hari. Kos pula ratus-ratus lemon. Sampai 600 RM pun ada..

Tapi kali ni saya bagi resepi percuma saja. Copy n  Print lah ikut suka hati..tak ada masalah pun. 

Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

 

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

 

 Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

  • Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  • Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

  • Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  • Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Step 3

  • Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  • Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

  • Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  • Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

  • Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  • Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Step 6

  • Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  • Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  • Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu!  Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Hmmm, nak tau cara buat tau fu fa yang sedap?…next time la ya….   



Leave a comment

Resepi Air Soya Basi

Usin dan saya bukanlah kawan rapat. Kami kenal pun sebab pernah bekerja di satu jabatan yang sama. Itu dulu punya cerita la. Satu hari ketika sedang berniaga di pasar malam (part time), Usin tiba-tiba muncul di depan gerai saya. Bersama-sama dua orang anak dan isterinya. Kami berborak sekejap. Rupa-rupanya dia juga kini turut menjadi usahawan kecil-kecilan seperti saya. Tapi  produk jualannya adalah kuih muih. Saya pula menjual air dalam balang. Macam-macam jenis air ada.Prinsip saya menjual air mudah.Asalkan modal kecil tapi untung Bombastik..saya rembat.Yang pastinya untung jualan sentiasa tinggi kerugian pula tahap minima. Continue reading


2 Comments

Bengkel Air Soya Dan Tau Fu Fah Di Shah Alam

 

Sorry semua… Dah berkali-kali dan ramai yang minta saya upload gambar masa bengkel air soya tu. Baru hari ni hajat n permintaan u all tercapai. Busy…busy…lupa…lupa…

Bengkel air soya dan tau fu fah ini berlangsung di rumah salah seorang peserta di Shah Alam pada 05 November 2010(Jumaat). Dah lama dah…Kalau diikutkan senarai asal ada dalam 10 orang peserta, tapi last minute 2 orang lagi tak dapat hadir. Ada urusan lain. Tapi ditambah pula dengan kehadiran si kecil yang comel-comel belaka. Suasana jadi meriah n ‘happening’.

Bengkel ini dimulakan dengan ‘demo’ menghasilkan air soya yang confirm pekat dan sedap. 100% asli tanpa sebarang pengawet tambahan. Sama rasa macam air soya yang kita selalu beli di pasar malam tu.Untuk buat air soya sebenarnya caranya amat mudah. Pada yang rajin belek buku resepi atau bertanya pada ‘Pakcik Google’, copy n paste saja semua resepi di internet tersebut.

Tapi untuk air soya yang lebih umpphh, tetap ada rahsia dan perlu ikut teknik yang betul. Semua rahsia itu didedahkan kepada peserta bengkel. Pendek kata, nak jual air soya selepas bengkel tak jadi masalah lagi. Knowledge dah sama level dengan chef.

Untung ke jual air soya ni? Untung gilerr…

Tapi peserta yang hadir bukan nak buat bisnes pun. Cuma nak tau untuk diri sendiri dan boleh buat untuk family.Tak perlu nak beli lagi. Semua peserta teruja apabila aroma wangi daun pandan dan soya menusuk hidung. Anak-anak kecil lagi la tak sabar. Dah hulur cawan pada ibu masing-masing.

Ok…Kita minum dulu!

Then, demo cara buat taufu fah pula didedahkan. Buat tau fu fah ini kadang-kadang mencabar juga. Salah sukatan dan bahan, tak akan menjadi. Cair atau rasa entah apa-apa. Semuanya kena perfect! Tapi dengan ‘secret recipe’ yang didedahkan dalam demo tersebut, semua peserta nampak yakin dan tak sabar-sabar nak cuba sendiri di rumah. Nota panduan turut diberi supaya peserta mudah buat rujukan.

Bengkel air soya dan taufufah berakhir pada pukul 3 pm. Terlajak sejam lebih dari jadual asal. Sepatutnya dalam masa 2 jam dah habis. Tertangguh sekejap untuk solat jumaat. Tuan rumah berbesar hati menjamu ‘team bengkel air soya’ ini makan tengahari. Sedap sungguh bihun sup tu terutama bila perut tengah lapar. Terima kasih ya!

Feedback 2 minggu selepas bengkel diadakan, dah ramai yang cuba dan hari-hari buat air soya..Permintaan anak-anak. Syabas Inspektor Sahab! Cuma belum ada yang jadi peniaga air soya macam saya ..hehe. :)

Bengkel tersebut diadakan sebagai penutup untuk tahun 2010. Sebelum itu, 3-4 siri ‘personal coaching’ telah diadakan. Tapi limit kepada 2-3 orang saja.  Special coaching untuk bakal penjual air soya. Belum ada bengkel yang bakal diadakan untuk tahun 2011. Saya dan team bengkel air soya agak busy dengan projek lain awal tahun ini. Insyaallah, untuk bulan March dan seterusnya kami boleh fokus kembali. Nak tempah khidmat kami? Hantar emel pada saya ok..

Hmmm….ada sesiapa yang nak resepi free air soya dan tau fu fah?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.